My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Tujuh awak-awak Thailand ditahan


ANGGOTA PGM sedang melakukan pemeriksaan ke atas sebuah bot pukat tunda Thailand yang dirampas di perairan Pulau Tioman, Mersing semalam.


MERSING – Padah menimpa tujuh awak-awak Thailand selepas tindakan mereka menangkap ikan di perairan negara secara haram dengan menggunakan nombor pendaftaran bot pukat tunda palsu memakan diri apabila kesemua nelayan itu ditahan di kawasan 21.3 batu nautika dari Pulau Tioman, dekat sini kelmarin.

Kesemua lelaki berusia antara 23 hingga 55 tahun tersebut ditahan pukul 9 malam oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) semasa membuat rondaan Ops Barakuda yang bertujuan menjaga keselamatan nelayan-nelayan serta kapal-kapal tempatan dari ancaman luar.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi PGM Wilayah 2, Endau, Inspektor Abd. Rahim Ariffin berkata, selain tangkapan pihaknya turut merampas sebuah bot pukat tunda yang dinaiki tujuh awak-awak terbabit menggunakan nombor pendaftaran KNF 7415.

Katanya, pemeriksaan lanjut mendapati kesemua nelayan berkenaan tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dan lesen untuk beroperasi di perairan Malaysia manakala bot yang dilengkapi sistem pengesanan global (GPS), telefon satelit dan kompas tersebut menggunakan nombor pendaftaran palsu.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts