KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd. (TNB) tidak berhasrat untuk menaikkan kadar tarif elektrik buat masa ini.
Presiden dan Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh berkata, ini berikutan pihaknya masih boleh mengekalkan kos kenaikan arang batu meskipun dengan kelemahan dolar Amerika Syarikat (AS) dan pengukuhan ringgit.
Katanya, harga arang batu telah meningkat sejak dua tahun lepas tetapi pengukuhan ringgit telah membantu menampan kesannya terhadap pendapatan syarikat.
"Selagi membabitkan TNB, jika tiada semakan semula dalam harga-harga gas buat masa sekarang, kita tidak akan menyemak tarif.
Dipetik dari : http://kosmo.com.my