My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Sumbangan kepada Anak-anak Yatim

SUMBANGAN DERMA ORANG RAMAI UNTUK PERKEMBANGAN DARUSSYIFA’ SANGAT DIALU-ALUKAN

Kepada semua pengunjung laman web Darussyifa’ Online yang dihormati sekalian. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati kita semua.

Ramai daripada kalangan pengunjung laman web ini yang bertanyakan tentang bayaran untuk mendapatkan rawatan di Darussyifa’. Ingin diperjelaskan di sini bahawa rawatan yang diberikan di Klinik Darussyifa’ di seluruh Malaysia adalah PERCUMA.

Darussyifa’ tidak mengenakan atau menetapkan sebarang bayaran untuk sebarang khidmat rawatan yang diberikan.

Bagaimanapun pihak Darussyifa’ tidak menolak sebarang sumbangan atau derma yang dihulurkan untuk tujuan pembangunan dan perkembangan Darussyifa’.

Malahan Darussyifa’ sangat mengalu-alukan sumbangan orang ramai kepada Darussyifa’ bagi tujuan urusan Pentadbiran, Penyelenggaraan Bangunan, Pembayaran Pelbagai Bil, Penyelidikan dan Pembangunan Darussyifa’.

Untuk tujuan sumbangan ke Tabung Dana Darussyifa’ orang ramai boleh menyalurkan derma tersebut ke akaun seperti berikut;

Akaun Bank Islam:
Nama: Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia
Akaun No: 12029010004161

Jika tuan-tuan menyalurkan derma menggunakan online banking, silalah hantar maklumat transaksi tersebut ke email alsyifa@streamyx.com

Selain daripada itu Darussyifa’ juga mempunyai aktiviti dakwah kepada orang-orang bukan Islam. Aktiviti ini di jalankan dibawah Unit Dakwah Darussyifa’ yang di ketuai oleh Ustaz Mohamad Fitri Abdullah. Untuk maklumat lanjut berkenaan aktiviti unit ini sila KLIK DISINI

Unit Dakwah ini juga memerlukan dana untuk menjalankan aktiviti-aktivitinya, justeru itu orang ramai adalah dialu-alukan untuk menyalurkan derma untuk perkembangan unit dakwah ini. Sumbangan untuk unit dakwah ini boleh disalurkan melalui akaun seperti berikut;

Akaun Bank Islam
Nama: Unit Dakwah Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia
Akaun No: 12029010036913


Selain daripada itu Darussyifa’ masih mengharapkan agar orangramai dapat menghulurkan bantuan bagi membantu untuk menampung kos pembinaan pembesaran Bangunan Darussyifa’ Bandar Baru Bangi. Bantuan yang boleh diberikan adalah dalam bentuk Wakaf Bangunan dengan kadar RM100.00 sekaki persegi. Untuk maklumat lanjut sila KLIK DISINI

SEMOGA ALLAH SWT MEMBERKATI SUMBANGAN ANDA SEMUA



Please Donate $1.00






50% of the donation will be given to the charity and another 50% will be used to upgrade this site

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts