PONTIAN - Ibu bapa Sheikh Faeizan Omar, 21, yang kini ditahan di penjara Taiwan kerana disyaki membawa dadah, semakin sedih kerana pertuturan anaknya itu kini berubah kepada telo Cina.
Bapanya, Omar Yaini, 56, berkata, anaknya yang mesra dengan panggilan Pak Tam ada menghubunginya bulan lalu dan bunyi percakapannya agak janggal.
"Antara bunyinya.. itu mak ada sihat ka.. Gua sini ada sihat..," ceritanya ketika ditemui di Taman Seri Kiambang, Pekan Nenas di sini baru-baru ini.
Dipetik dari: http://kosmo.com.my