MANILA - Pihak berkuasa di sebuah lapangan terbang di Manila menemui seorang bayi yang baru dilahirkan di dalam beg sampah yang baru dikeluarkan dari sebuah pesawat yang mendarat dari Asia Barat semalam, kata beberapa pegawai.
Pegawal-pengawal keselamatan membawa bayi itu yang diliputi dengan darah dan dibungkus kertas tisu ke sebuah klinik lapangan terbang berkenaan.
Menurut beberapa pegawai, sekumpulan doktor dan jururawat merawat bayi itu dan membersihkannya selain memberikannya sebotol susu.
"Selepas dia dibersihkan, bayi itu menangis," kata seorang jururawat, Kate Calvo.
"Dia (bayi itu) berada dalam keadaan sihat. Menurut doktor kami, organ-organ pentingnya berada dalam keadaan baik," katanya.
Seorang pegawal keselamatan mendapati terdapat sesuatu yang bergerak-gerak di dalam satu beg sampah yang dilaporkan dibawa keluar dari sebuah pesawat syarikat penerbangan Gulf Air yang telah mendarat.
Pengawal tersebut kemudian mendapati terdapat bayi di dalam beg sampah itu sebelum dia menghantarnya kepada pekerja-pekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino di sini. - AP