My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

PM Itali minta wanita cari lelaki kaya


SILVIO BERLUSCONI bergambar bersama seorang peminat wanita semasa dia menghadiri satu konvensyen sayap pemuda Parti Kebebasan Rakyat pimpinannya di Rom kelmarin.


ROM - Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi menasihatkan golongan wanita muda mencari lelaki yang kaya dengan mengatakan dia memahami beberapa perkara mengenai wanita dan wang.

Berlusconi yang merupakan seorang bilionair menyatakan ramai wanita meminatinya kerana dia mempunyai banyak wang.

Dia yang terlibat dalam satu skandal seks pada tahun lalu terkenal dengan kata-kata gurauan yang diucapkannya secara spontan.

Perdana Menteri itu membuat kenyataan itu semasa dia menghadiri konvensyen sayap pemuda Parti Kebebasan Rakyat pimpinannya kelmarin.

Dia turut mendedahkan gesaannya supaya wanita mencari lelaki kaya yang pernah disiarkan di televisyen telah mendapat kritikan.

Berlusconi turut mendakwa ramai wanita lebih berminat dengan lelaki yang lebih tua kerana si isteri akan mewarisi harta kekayaan apabila si suami meninggal dunia. - AP

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts