KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) kem Ovai, Papar, Sabah yang melahirkan seorang bayi lelaki baru-baru ini tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda kehamilan semasa mengikuti program PLKN bermula 28 Mac lalu.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil, berkata pelatih terbabit tidak mempunyai sebarang rekod perubatan di kem berkenaan malah tidak menunjukkan sebarang perubahan fizikal semasa menjalani latihan program ketika di Kem PLKN Ovai.
"Pihak Kem PLKN Ovai tidak menerima sebarang laporan bahawa pelatih berkenaan tidak sihat malah pelatih-pelatih lain juga tidak mencurigai dan mengetahui perubahan fizikalnya kerana beliau turut serta dalam kesemua aktiviti fizikal dan pembinaan karektor diri semasa latihan program PLKN
(Gambar hiasan)
"Alasan tersebut membuatkan pihak kami tidak dapat mengesan sehinggalah lahirnya bayi di kem berkenaan," katanya ketika dihubungi hari ini.
Abdul Hadi berkata, pihaknya memandang serius soal pemeriksaan kesihatan pelatih ketika menjalani kesihatan.
"Bakal peserta PLKN diingatkan supaya mengisytiharkan status pelatih secara jujur, telus dan teliti agar perkara sedemikian tidak berulang malah mengganggu latihan PLKN.
"Kita boleh menangguhkan latihan programnya jika bakal pelatih PLKN sedang hamil dan akan diberi kes pengecualian jika melahirkan anak," katanya.
Dua hari lalu, seorang pelatih berasal dari Keningau, Sabah yang berusia 18 tahun melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut sebelum ditemui oleh pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan. - Bernama
(Gambar Hiasan)