My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Goddard kembali rampas emas


GODDARD meraikankejayaannya memenangi acara 200 meter kuak lentang lelaki pada Sukan Komanwel 2010 semalam.


NEW DELHI - Perenang England, James Goddard berjaya merampas kembali pingat emas acara 200 meter kuak lentang lelaki pada temasya Sukan Komanwel 2010 semalam.
Goddard mencatat masa terpantas pada peringkat saringan dan sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang di pentas final apabila mencatat masa 1 minit 55.58 saat.
"Saya cukup gembira ketika ini. Saya sedar saingan pasti akan menjadi sengit khususnya pada peringkat saringan.
"Namun saya berpuas hati dan berbangga kerana dapat menampilkan prestasi terbaik hari ini (semalam)," kata Goddard.
Dia menewaskan perenang Australia, Ashley Delaney dan perenang remaja New Zealand, Gareth Kean apabila masing-masing meraih pingat perak dan gangsa.
Kean yang baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran ke-19 kelmarin, hampir berjaya meraih pingat perak sebelum Delaney memintasnya pada jarak 50 meter terakhir.
Untuk rekod, Goddard memenangi pingat emas 200m dalam acara yang sama pada temasya 2002 di Manchester sebelum dia tewas kepada perenang Scotland, Gregor Tait di Melbourne empat tahun lalu.
Sementara itu, perenang Australia, Alicia Coutts meraih pingat emas kedua peribadinya apabila menjuarai acara 100m gaya bebas wanita.
Coutts mencatat masa 54.09s bagi menewaskan rakan senegaranya, Emily Seebohm serta perenang England, Francesca Halsall yang meraih perak dan gangsa.
"Saya sangat gemuruh sebelum perlumbaan," kata Coutts.
"Saya tidak tahu bagaimana saya boleh mengembalikan tahap keyakinan diri tetapi kejayaan ini merupakan sesuatu yang cukup istimewa." - Agensi

C. C. Liew Tokoh Wartawan Negara


ABU Seman mengucapkan tahniah kepada C. C. Liew sambil diperhatikan oleh Chamil (kiri sekali), Mohd. Medan dan Zainuddin (kanan sekali).


KUALA LUMPUR - Pengarah Urusan merangkap Pengarah Editorial Kumpulan Akhbar Sin Chew Daily, Datuk C. C. Liew dianugerahkan Tokoh Wartawan Negara yang kelapan semalam.
Dengan kemenangan itu, beliau menerima hadiah wang tunai RM30,000 dan sijil.
Majlis penganugerahan anjuran Institut Akhbar Malaysia (MPI) dan Petronas itu diadakan di Pusat Konvensyen Sime Darby di sini dan disempurnakan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop yang mewakili Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Turut hadir pada majlis itu ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin; Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Datuk Chamil Wariya; Pengurus Besar Kanan Bahagian Khidmat Korporat Petronas, Mohd. Medan Abdullah dan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin.

Jayanthy ragu status syarikat suami


JAYANTHY (kanan) bersama Manikavasagam berjalan masuk
ke pejabat JSJK Selangor untuk meminta nasihat semalam.


SHAH ALAM – S. Jayanthy, isteri ahli perniagaan S. Anpalagan yang dilaporkan hilang pada 4 Ogos 2009 hadir ke pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor di sini semalam bagi meminta nasihat dan bantuan berkaitan dakwaan penyelewengan syarikat milik suaminya itu.
Jayanthy, 34, yang memakai baju berwarna merah jambu dan berseluar hitam hadir bersama Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam pada pukul 11.55 pagi sebelum keluar sejam kemudian.
Jayanthy berkata, dia diarahkan oleh polis Bukit Aman berbuat demikian selepas mendakwa terdapat pertukaran status syarikat milik Anpalagan, 43, iaitu Swiss Krishma Sdn. Bhd. kepada Beruntung Cattle Farm.
Menurutnya, beberapa penipuan juga dikesan termasuk jawatan pengarah syarikat terbabit yang didakwa telah ditukar tanpa sebarang notis pada Disember tahun lalu.
“Semakan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) juga mendapati beberapa perubahan berlaku dalam pegangan saham pada 24 Disember 2009,” kata beliau di sini semalam.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts