My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Tanam bayi: Dua remaja didakwa

Tanam bayi: Dua remaja didakwa


SAFIUDDIN dibawa ke Mahkamah Majistret Melaka semalam atas tuduhan menanam mayat bayi bersama kekasihnya.


MELAKA - Sepasang kekasih remaja mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran seorang bayi lelaki dengan cara menanam mayat bayi malang itu di tepi sebatang sungai di sini.

Tertuduh, Muhammad Safiuddin Mohd. Zahari, 19, bersama kekasihnya, seorang pesalah juvana berumur 15 tahun dituduh melakukan perbuatan itu di tepi sungai Taman Melaka Baru pada 12 Mei lalu.

Mengikut pertuduhan, pasangan itu didakwa bersama-sama melakukan kesalahan itu antara pukul 12 tengah hari hingga pukul 12.30 tengah hari pada 12 Mei.

Mereka dituduh mengikut Seksyen 318 dan 34 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sumber Dipetik dari : http://kosmo.com.my/

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa nk jadi dgn remaja skang nie, berani buat x berani nk bertanggungjawab... Kalo tidak di bendung masalah nie tunggu laa balasan Allah SWT kelak. Ak pun takut gak sbb bak kata pepatah kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Kalo Allah SWT turunkan bala( bukan bala krishnan erk..-bala di sini bermaksud balasan sama ada baik atau buruk) bukan turun tepat2 kat batang idung org yang buat tue, org yang x bersalah pun kena sama. So pengajaran di sini ialah sama2 kita cegah kemungkaran dari terus merebak dalam masyarakat kita.

p/s: Saper taw nombor telefon pencegah maksiat di setiap negeri. tolong sertakan kat ruangan komen.

cth :

BAHAGIAN PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG SYARIAH
JABATAN AGAMA ISLAM PERAK
NO.7, JLN WINDSOR OFF JLN RAJA DR. NAZRIN SHAH,
30250 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.


No. Telefon : 05-2548876 / 05-2548896
No. Fax : 05-2433400


(Cegah Sebelum Terlambat..... Sesungguhnya sesiapa yang membantu sesama manusia kearah kebaikan dimuliakan disisi Allah SWT di akhirat kelak)

Islam rosak bila Setan bertopengkan manusia...

Kemenangan gadis Islam tercemar


GAMBAR menunjukkan Rima menari tarian tiang.


DETROIT, Amerika Syarikat (AS) - Kemenangan gadis Muslim pertama yang memenangi Ratu Cantik USA 2010, Rima Fakih tercemar selepas gambar-gambarnya menari tarian tiang disebarkan media, lapor sebuah akhbar semalam.

Eksekutif pemasaran berusia 24 tahun itu mencatat sejarah menjadi wanita Islam pertama berketurunan Arab Lebanon memenangi pertandingan Ratu Cantik USA di Las Vegas pada Ahad lalu.

Bagaimanapun, imej bersih Rima tercalar setelah laman web sebuah stesen radio di AS menyiarkan gambar dia menari di pentas dengan cuma memakai seluar pendek, baju ketat dan kasut tinggi semasa menyertai pertandingan tarian tiang di sebuah kelab tarian lucah di negeri Detroit pada 2007.

Satu lagi gambar menunjukkan Rima memakai baju yang terselit sejumlah wang kertas di dadanya.

Ekoran penyiaran gambar itu, para penerbit stesen radio berkenaan mendakwa mereka telah dihubungi oleh pihak penganjur pertandingan Ratu Cantik Universe yang meminta maklumat lanjut mengenai penglibatan Rima itu. - Agensi


Dipetik dari: http://kosmo.com.my

Pelakon Bermasalah?!

WATAk Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih begitu melonjakkan nama pelakon Fizz Fairuz. Malah, Fizz atau nama sebenarnya, Mohamad Fairuz Zainal Abidin, 30, disebut-sebut sebagai hero pelapis dalam bidang lakonan ketika ini.

pix_middle
Secara peribadi, Fizz bersyukur kerana bakat lakonannya mula meraih perhatian.

"Mungkin ada peminat yang tidak tahu saya sudah lapan tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Saya mula berlakon pada usia 22 tahun dan drama pertama saya ialah Mentari Productions.

"Cuma baru sekarang bakat saya mula membuka mata ramai pihak di luar sana. Saya bersyukur selalu ditawarkan watak utama dalam drama.

"Apapun untuk bersaing dan terus bertahan dalam bidang seni, saya perlu buat pembaharuan dalam lakonan supaya penonton tidak bosan, Contohnya, dalam drama Roh Kembali, saya meminta daripada pengarah untuk memakai rambut palsu bagi menampilkan kelainan," katanya.

Lebih bermakna, bakat lakonan Fizz, mula mendapat pengiktirafan ramai menerusi pencalonannya dalam acara berprestij seperti Festival Filem Malaysia (FFM), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Skrin (ASK).

Dia dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan lelaki pada FFM 2007, Pelakon Lelaki Popular dalam ABPBH serta Pelakon TV Lelaki Terbaik, ASK lalu.

"Sekalipun tidak menang, saya tetap bersyukur kerana tersenarai dalam Top 5. Saya berlakon bukan untuk kejar anugerah. Bagaimanapun, pengiktirafan menyuntik semangat pelakon untuk berkarya lebih baik lagi," katanya.

Justeru, kata Fizz, isu penarikan diri daripada pementasan Sri Mersing sebelum ini banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati pada masa depan.

"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dengan berlakon teater tapi sebaliknya pula berlaku. Maklumlah, saya juga tidak ada pengurus dan menguruskan karier seni sendiri.

"Saya juga kesal kerana terpaksa menolak banyak tawaran berlakon semata-mata untuk memberi laluan pada teater berkenaan. Saya bukan pelakon bermasalah kerana apa yang berlaku itu kerana saya yang dipermainkan orang.

"Apabila saya beritahu Sheila Rusly apa yang menimpa saya itu, dia minta saya bersabar dengan ujian dalam hidup saya itu," katanya.

Fizz juga dianggap 'anak emas' JS Pictures kerana banyak berlakon dalam produksi milik Sheila Rusly dan suaminya Jinggo, sejak kebelakangan ini. Antara lakonannya, Demi Masa, Cucu Betong, Cicit Betong, Restu Mentua, Ketuk-Ketuk Ramadan.

"Saya sudah berlakon dalam tujuh drama terbitan JS Pictures, sejak dua tahun lalu. Terus terang, saya selesa bekerja dengan Sheila dan Jinggo dan sudah tahu cara mereka bekerja. Shiela dan pelakon Rozie Rashid adalah sumber inspirasi saya dalam bidang lakonan," katanya.

Fizz berkata, dia suka bekerja dengan orang yang cerewet dan banyak timbul masalah di lokasi kerana ia beri impak positif dalam lakonannya.



"Sheila cerewet dan garang di set tapi bertempat. Sebagai produser, Sheila sangat mementingkan kualiti dalam lakonan," katanya.

Pada masa sama, kata Fizz, dia juga tidak ada asas dalam bidang lakonan.

"Saya hanya menonton TV dan filem Hollywood sebagai rujukan selama ini," katanya.

Fizz ditemui di sesi ramah mesra drama bersiri 13 episod, Roh Kembali di Sri Pentas, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai watak utamanya sebagai Zaidi dalam slot seram TV3 arahan Jinggo , Roh Kembali, Fizz berkata, ia sangat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Pada asalnya watak Zaidi adalah baik tetapi dia menjadi jahat apabila menjual perempuan. Watak Zaidi jahat dan agresif. Di luar drama pun saya memang agresif tetapi bukanlah gangster.

"Sebenarnya, bukan senang bawa watak agresif kalau kita pakai rambut palsu. Bila terlalu agresif, rambut saya tercabut dan kami terpaksa buat babak itu semula," katanya.

Fizz mengakui, watak Zaidi dalam Roh Kembali memang memenatkan dan beri tekanan padanya.

"Pada peringkat awal dapat skrip, saya fikir tidak boleh buat karakter ini. Tapi Sheila meyakinkan saya. Saya juga tidak cukup tidur dan penggambaran selama 45 hari.

"Saya perlu berimaginasi dan buat benda yang sama berulang kali dan ia memenatkan. Cerita ini seperti CSI kerana ada banyak siasatan.

"Sebelum ini saya ada buat slot seram, Kekasihku Seru tapi cerita Roh Kembali ini bukan cerita yang biasa kerana ia hantu yang tak nampak. Apapun, Jinggo puas hati dengan lakonan saya," katanya.

Selepas Roh Kembali, Fizz akan menjalani penggambaran filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia pula. Selain Fizz, Remy dan Tiz, filem Nur Kasih turut dibintangi pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Sharifah Sofea dan Liza Othman.

Tidak lengkap, jika tidak menyentuh mengenai perancangan Fizz untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya yang juga pelakon Almy Nadia yang heboh diperkatakan orang ketika ini.

Kata Fizz, mereka belum ada perancangan ke arah itu dalam tempoh terdekat ini.

"Hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni terlebih dulu," katanya.

>PROFIL
NAMA SEBENAR: Mohd Fairuz Zainal Abidin
TARIKH LAHIR: 22 Oktober 1979
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Bujang
ANTARA DRAMA: Nur Kasih, Kabir Hero Kabir Zero, Demi Masa, Cucu Betong, Cicit Betong, Restu Mentua, Ketuk-Ketuk Ramadan
FILEM: Niyang Rapik, Syurga Cinta, Orang Minyak, Anak Halal dan Seram


Sumber dipetik :http://www.hmetro.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts