My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Pelakon Bermasalah?!

WATAk Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih begitu melonjakkan nama pelakon Fizz Fairuz. Malah, Fizz atau nama sebenarnya, Mohamad Fairuz Zainal Abidin, 30, disebut-sebut sebagai hero pelapis dalam bidang lakonan ketika ini.

pix_middle
Secara peribadi, Fizz bersyukur kerana bakat lakonannya mula meraih perhatian.

"Mungkin ada peminat yang tidak tahu saya sudah lapan tahun berkecimpung dalam bidang lakonan. Saya mula berlakon pada usia 22 tahun dan drama pertama saya ialah Mentari Productions.

"Cuma baru sekarang bakat saya mula membuka mata ramai pihak di luar sana. Saya bersyukur selalu ditawarkan watak utama dalam drama.

"Apapun untuk bersaing dan terus bertahan dalam bidang seni, saya perlu buat pembaharuan dalam lakonan supaya penonton tidak bosan, Contohnya, dalam drama Roh Kembali, saya meminta daripada pengarah untuk memakai rambut palsu bagi menampilkan kelainan," katanya.

Lebih bermakna, bakat lakonan Fizz, mula mendapat pengiktirafan ramai menerusi pencalonannya dalam acara berprestij seperti Festival Filem Malaysia (FFM), Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) dan Anugerah Skrin (ASK).

Dia dicalonkan dalam kategori Pelakon Harapan lelaki pada FFM 2007, Pelakon Lelaki Popular dalam ABPBH serta Pelakon TV Lelaki Terbaik, ASK lalu.

"Sekalipun tidak menang, saya tetap bersyukur kerana tersenarai dalam Top 5. Saya berlakon bukan untuk kejar anugerah. Bagaimanapun, pengiktirafan menyuntik semangat pelakon untuk berkarya lebih baik lagi," katanya.

Justeru, kata Fizz, isu penarikan diri daripada pementasan Sri Mersing sebelum ini banyak mengajarnya untuk lebih berhati-hati pada masa depan.

"Saya ingin mencuba sesuatu yang baru dengan berlakon teater tapi sebaliknya pula berlaku. Maklumlah, saya juga tidak ada pengurus dan menguruskan karier seni sendiri.

"Saya juga kesal kerana terpaksa menolak banyak tawaran berlakon semata-mata untuk memberi laluan pada teater berkenaan. Saya bukan pelakon bermasalah kerana apa yang berlaku itu kerana saya yang dipermainkan orang.

"Apabila saya beritahu Sheila Rusly apa yang menimpa saya itu, dia minta saya bersabar dengan ujian dalam hidup saya itu," katanya.

Fizz juga dianggap 'anak emas' JS Pictures kerana banyak berlakon dalam produksi milik Sheila Rusly dan suaminya Jinggo, sejak kebelakangan ini. Antara lakonannya, Demi Masa, Cucu Betong, Cicit Betong, Restu Mentua, Ketuk-Ketuk Ramadan.

"Saya sudah berlakon dalam tujuh drama terbitan JS Pictures, sejak dua tahun lalu. Terus terang, saya selesa bekerja dengan Sheila dan Jinggo dan sudah tahu cara mereka bekerja. Shiela dan pelakon Rozie Rashid adalah sumber inspirasi saya dalam bidang lakonan," katanya.

Fizz berkata, dia suka bekerja dengan orang yang cerewet dan banyak timbul masalah di lokasi kerana ia beri impak positif dalam lakonannya.



"Sheila cerewet dan garang di set tapi bertempat. Sebagai produser, Sheila sangat mementingkan kualiti dalam lakonan," katanya.

Pada masa sama, kata Fizz, dia juga tidak ada asas dalam bidang lakonan.

"Saya hanya menonton TV dan filem Hollywood sebagai rujukan selama ini," katanya.

Fizz ditemui di sesi ramah mesra drama bersiri 13 episod, Roh Kembali di Sri Pentas, baru-baru ini.

Mengulas lanjut mengenai watak utamanya sebagai Zaidi dalam slot seram TV3 arahan Jinggo , Roh Kembali, Fizz berkata, ia sangat mencabar kredibilitinya sebagai pelakon.

"Pada asalnya watak Zaidi adalah baik tetapi dia menjadi jahat apabila menjual perempuan. Watak Zaidi jahat dan agresif. Di luar drama pun saya memang agresif tetapi bukanlah gangster.

"Sebenarnya, bukan senang bawa watak agresif kalau kita pakai rambut palsu. Bila terlalu agresif, rambut saya tercabut dan kami terpaksa buat babak itu semula," katanya.

Fizz mengakui, watak Zaidi dalam Roh Kembali memang memenatkan dan beri tekanan padanya.

"Pada peringkat awal dapat skrip, saya fikir tidak boleh buat karakter ini. Tapi Sheila meyakinkan saya. Saya juga tidak cukup tidur dan penggambaran selama 45 hari.

"Saya perlu berimaginasi dan buat benda yang sama berulang kali dan ia memenatkan. Cerita ini seperti CSI kerana ada banyak siasatan.

"Sebelum ini saya ada buat slot seram, Kekasihku Seru tapi cerita Roh Kembali ini bukan cerita yang biasa kerana ia hantu yang tak nampak. Apapun, Jinggo puas hati dengan lakonan saya," katanya.

Selepas Roh Kembali, Fizz akan menjalani penggambaran filem Nur Kasih arahan Kabir Bhatia pula. Selain Fizz, Remy dan Tiz, filem Nur Kasih turut dibintangi pelakon seperti Datuk Jalaluddin Hassan, Sharifah Sofea dan Liza Othman.

Tidak lengkap, jika tidak menyentuh mengenai perancangan Fizz untuk menamatkan zaman bujang dengan kekasihnya yang juga pelakon Almy Nadia yang heboh diperkatakan orang ketika ini.

Kata Fizz, mereka belum ada perancangan ke arah itu dalam tempoh terdekat ini.

"Hubungan kami masih berjalan seperti biasa. Buat masa ini, masing-masing fokus pada karier seni terlebih dulu," katanya.

>PROFIL
NAMA SEBENAR: Mohd Fairuz Zainal Abidin
TARIKH LAHIR: 22 Oktober 1979
TEMPAT LAHIR: Raub, Pahang
KERJAYA: Pelakon
STATUS: Bujang
ANTARA DRAMA: Nur Kasih, Kabir Hero Kabir Zero, Demi Masa, Cucu Betong, Cicit Betong, Restu Mentua, Ketuk-Ketuk Ramadan
FILEM: Niyang Rapik, Syurga Cinta, Orang Minyak, Anak Halal dan Seram


Sumber dipetik :http://www.hmetro.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts