My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

SKMM, polis selesai siasat 15 kes babitkan blog: Rais

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), serta polis sudah melengkapkan siasatan terhadap 15 kes yang membabitkan blog dan portal yang dikatakan menyiarkan fitnah dan tuduhan palsu, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata, laporan siasatan kesemua kes itu juga sudah dirujuk kepada Peguam Negara untuk tindakan lanjut.
"Jadi kita nak menekankan bahawa kerja-kerja siasatan dan susulan, beres di peringkat polis dan SKMM," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Perhimpunan Agung UMNO 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Rais berkata, kini terpulang kepada Peguam Negara untuk memutuskan sama ada hendak memulakan pendakwaan terhadap blog dan portal berkenaan.

Katanya, beliau turut bersetuju dan menyokong pandangan umum supaya penguatkuasaan undang-undang diperketatkan dan mereka yang bersalah dikenakan hukuman tegas.

Berhubung desakan perwakilan UMNO yang mahu kerajaan bertegas dengan golongan yang sengaja menyebarkan berita palsu dan menggugat keharmonian di kalangan rakyat menerusi internet, Dr Rais berkata jawatankuasa bersepadu antara Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Jabatan Peguam Negara, dan Kementerian Dalam Negeri bersetuju supaya tindakan tegas diambil dalam perkara itu.

"Memang alam maya ini bunyinya alam maya, tetapi undang-undang negara mesti dipatuhi," katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa 140 pejabat penerangan daerah di seluruh negara sedang dinaik taraf dan dilengkapi dengan internet bagi kemudahan pengunjung setempat.

Katanya, bagi menggalakkan penghayatan gagasan 1Malaysia di kalangan rakyat, syarikat penerbitan drama khususnya televisyen digalakkan untuk menghasilkan drama bermutu bertemakan perpaduan kaum selain mengetengahkan drama dari Sabah dan Sarawak. - BERNAMA

Dipetik dari: Berita Harian

HTM Terus Laungkan Khilafah Di Bumi Terengganu

sejam-tganu-01sejam-tganu-01KUALA TERENGGANU 16 Okt – Bertempat di Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia Kuala Terengganu, siri seminar jelajah Malaysia 2010 anjuran Hizbut Tahrir Malaysia (HTM) terus mendapat perhatian umat. Sekitar 200 orang muslimin dan muslimat memenuhi dewan seminar, malah ada yang datang seawal 8 pagi.
 

Seperti biasa, ahli panel pertama yang juga merupakan Timbalan Presiden HTM, Ustaz Umar menghangatkan dewan dengan menekankan kepada hadirin akan kewajipan menegakkan Khilafah dan betapa perlunya umat Islam pada hari ini berusaha bersungguh-sungguh bersama Hizbut Tahrir ke arah merealisasikannya. Kehilangan Khilafah sejak 28 Rajab 1342H (3 Mac 1924) ternyata telah menyebabkan kesengsaraan yang tidak berkesudahan ke atas umat Islam yang dipimpin oleh para pemimpin sekular yang tidak lagi menerapkan Islam.

Presiden HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman selaku ahli panel kedua menjelaskan kedudukan umat Islam yang lemah dan terhina kerana umat Islam itu sendiri yang hanya mengamalkan sebahagian kecil hukum Islam dan meninggalkan sebahagian besar yang lain. Keadaan ini diperparah dengan adanya para pemimpin yang menerapkan hukum kufur, malah menjadi agen kepada Barat. Justeru, Islam langsung tidak menjadi undang-undang negara dan kesemua hukum Islam termasuklah hukum jihad telah diabaikan oleh pemimpin yang ada. Kerana itulah, umat Islam khususnya dan dunia amnya terus-menerus menderita kerana hukum Allah tidak lagi menaungi dunia sebagaimana di zaman pemerintahan Khilafah dahulu.

Oleh yang demikian, tidak ada penyelesaian lain bagi umat Islam untuk keluar dari segala penderitan kecuali dengan berusaha untuk menegakkan Daulah Khilafah melalui jalan perjuangan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Khalifah yang dilantik akan pasti menerapkan hukum Islam dan seterusnya akan mengeluarkan umat Islam dari seribu macam penderitaan yang dialami sekarang.

Sebelum bersurai, majlis dibuka kepada sessi soal-jawab di mana kedua-dua ahli panel telah dihujani dengan pelbagai soalan yang menunjukkan keprihatinan dan kesedaran para hadirin akan keperluan kepada Khilafah demi mengembalikan semula kemuliaan umat Islam. Majlis berakhir sekitar jam 1.30 dengan bacaan doa oleh Ustaz Abu Aiman.  
sejam-tganu-01sejam-tganu-01

sejam-tganu-02sejam-tganu-02

sejam-tganu-03sejam-tganu-03

sejam-tganu-04sejam-tganu-04

sejam-tganu-05sejam-tganu-05

sejam-tganu-06sejam-tganu-06


sejam-tganu-07sejam-tganu-07

Dewan Binjai, Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu
 
 


Dipetik dari: myKhilafah.com









Dr Asri Zainal Abidin hadir perhimpunan agung Umno?


Tidak lama dahulu kecuh sekali pasal Dr Asri Zainal Abidin bekas mufti Perlis dikatakan masuk Umno bersama beberapa orang ulamak muda Negara.

Saya  turut menulis satu rencana berjudul: Ada yang susah hati bila dengar Dr Asri nak masuk UMNO .

Intro judul ini saya mulakan dengan perkataan Macam macam ada dan macam macam boleh berlaku. Tetapi kena ingat apa yang berlaku diatas muka bumi Allah adalah dengan kehendak yang maha pencipta. Kita juga kena ingat juga itulah adalah pilihan manusia. Kalau tidak baik itu adalah "salah kamu sendiri". Ini Allah pernah sebut dalam Al Quran ketika kekalahan Islam semasa perang Uhud.
Oleh itu, tidak harus susah hati apabila dengar cerita Dr Asri , bekas Mufti Perlis nak masuk UMNO. Biarkan. Manusia mana ada kuasa untuk menahan sesiapa menyertai parti politik.
Itu adalah haknya. Macam juga Datuk Seri Anwar Ibrahim, masuk UMNO.
Kalau benar Dr Asri nak masuk UMNO biarkan, kerana mungkin jiwa politiknya serasi dengan UMNO.
Saya rasa Dr Asri sangat berminat untuk menyertai Umno. Kalau tidak mustahil dia boleh hadir menyertai perhimpunan umno yang sedang berlansung sekarang.
Sehubungan dengan itu minggu lepas Dr Asri telah diberi peluang yang sangat istimewa oleh PAS Terengganu, iaitu mengadakan kuliah maghrib di masjid PAS Banggol Peradong dan membaca khtubah di masjid PAS Mengadang Baru Kuala Terengganu.
Dalam pada itu beliau pernah menulis kepada saya yang berbunyi: "Ingin saya tegaskan kepada rakyat Malaysia bahawa saya sehingga kini tidak menyertai mana-mana parti politik.Sokongan saya adalah kepada kebenaran dan fakta, tanpa mengira batasan parti, kaum dan agama. Itulah prinsip Islam yang adil untuk semua.Dalam masa yang sama, saya menghormati mana-mana pihak untuk melakukan dakwah dalam mana-mana parti. saya tidak mahu membuat kenyataan banyak dalam hal ini, demi menjaga perasaan sahabat-sahabat dan pihak-pihak yang lain. Apa yang penting, saya tidak menyertai mana-mana parti, dan tidak bercadang untuk memilih jalan itu setakat ini.
-Dr. Mohd Asri Zainul Abidin
Manakala dalam furom anjuran pemuda Umno beliau memuji PAS kerana sudah berubah berbanding dengan Umno masih belum berubah.
Saya percaya beliau berada dibelakang ketua pergerakan pemuda Umno dan sedang memainkan peranan sebagai orang tengah untuk menyatukan PAS dengan Umno sepertimana disebut oleh ketua pemuda dalam perhimpunan pemuda dengan ucapanya yang berbunyi: bahawa suatu hari nanti pas dan umno pasti akan bersatu juga.











SISTEM KHILAFAH






Dipetik dari: http://www.tranungkite.net



 

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts