My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

MRR2 selamat digunakan - Shaziman

 


KUALA LUMPUR - Orang ramai yang menggunakan jejambat di Jalan Lingkaran Tengah (MRR2) di Jalan Sungai Buluh-Kepong kini tidak perlu khuatir dengan keselamatan jejambat berkenaan kerana ia kini selamat untuk dilalui setelah struktur yang terjejas siap dibaik pulih hari ini.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata, struktur yang terjejas itu iaitu rasuk silang pier 28 siap sepenuhnya hari ini dengan menggunakan teknologi kabel keluli pra tegasan selepas teknologi dari Jerman yang digunakan sebelum ini mengalami kegagalan.

Pada Ogos 2008, serpihan konkrit perekat dari jejambat itu terjatuh ekoran tendon yang digunakan untuk mengukuhkan rasuk silang yang diperbuat daripada bahan Carbon Fibre Reinforced Polymer (CFRP) itu rosak akibat tindak balas kimia.

"Setelah kajian dibuat, Jabatan Kerja Raya (JKR) membuat keputusan untuk mengganti tendon-tendon CFRP tersebut kepada tendon-tendon keluli.

"Kerja-kerja pembaikannya dimulakan pada 5 November 2009 dan 12 tendon CFRP telah siap diganti dengan tendon keluli pada 12 Disember 2010.

"Dengan penyiapan kerja-kerjanya, struktur pier 28 telah diperkukuhkan dan kini dijangka boleh digunakan sepanjang hayat,” katanya kepada pemberita selepas meninjau kerja-kerja menurunkan kerangka pengikat serta pelantar kerja bagi kerja baik pulih struktur itu di jejambat MRR2 Jalan Kepong-Sungai Buluh di sini malam tadi. - Bernama

Sumber dari: KOSMO!

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts