Jom Layan link-link dibawah nie..

Terhidu GAS BERACUN: 5 maut tidur dlm KERETA


KERETA Kia Optima yang menjadi punca kematian lima remaja di sebuah hotel dekat Lapangan Terbang Antarabangsa Miami, Florida kelmarin.


MIAMI - Lima remaja mati akibat keracunan gas karbon monoksida berpunca daripada enjin kereta yang tidak dimatikan ketika ia diletakkan di sebuah garaj tertutup di bawah bilik motel penginapan mereka di Florida Selatan, lapor sebuah akhbar semalam.

Tragedi itu disedari oleh seorang pekerja Motel Presidente, tempat mereka menginap berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Miami kelmarin.

Pekerja wanita itu menghubungi pihak berkuasa menerusi talian kecemasan 911 pada pukul 2 petang waktu tempatan.

Dia yang mengintai dari sebuah tingkap, melihat kelima-lima remaja itu terbaring dalam keadaan berpakaian lengkap.

Evans Charles, 19, Jonas Antenor, 18, Peterson Nazon, 17, dan Jean Pierre Ferdinand, 16, telah menyewa bilik motel berkenaan untuk menyambut hari jadi ke-19 rakan mereka, Juchen Martial.

Sebuah kereta Kia Optima merah yang dipinjamkan kepada mereka oleh seorang rakan dibiarkan dalam keadaan enjinnya hidup di dalam garaj berkenaan.

Enjin itu dihidupkan bagi mengecas bateri kenderaan tersebut. Mereka kemudian membiarkan pintu masuk dari garaj itu dalam bangunan hotel berkenaan terbuka yang menyebabkan gas karbon monoksida memenuhi tingkat atas di bilik mereka.

"Ini memang satu kemalangan yang tragis," kata seorang jurucakap polis Florida, Carl Zogby.

Rakan-rakan mereka yang lain yang berkumpul di luar hotel berkenaan berkata, mereka tidak mematikan enjin kereta itu untuk mengecas baterinya.

Enjin kenderaan itu masih hidup ketika polis tiba di tempat kejadian. Polis berkata, tiada alkohol, dadah atau barangan lain yang mencurigakan ditemui di dalam bilik hotel penginapan mereka. - Agensi

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts