Jom Layan link-link dibawah nie..

Ribut sebelum perlawanan akhir


PENIAGA sibuk menjual barangan cenderamata Piala Suzuki AFF 2010 sebelum kawasan di sekitar Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta itu dilanda ribut semalam.




JAKARTA - Cuaca mendung bertukar menjadi gelap di Stadium Utama Gelora Bung Karno yang menjadi venue perlawanan akhir kedua Piala Suzuki AFF 2010 sekitar pukul 5 petang (waktu tempatan) kelmarin.

Akhbar Kompas melaporkan, angin kencang melanda stadium berkenaan dan kawasan sekitarnya beberapa minit kemudian.

Cuaca buruk yang melanda menyebabkan para peniaga yang menjual barangan cenderamata pertandingan di sekitar Stadium Utama Gelora Bung Karno tergesa-gesa membungkus barangan jualan masing-masing.

Terdapat peniaga-peniaga memungut barang jualan mereka yang terbang ditiup angin manakala penjual-penjual makanan pula menutup makanan mereka untuk mengelak daripada ditiup angin dan dibasahi hujan lebat yang turun tidak lama kemudian.

Sementara itu, di sebuah kantin di belakang Hotel Atlet Century berhampiran stadium berkenaan, angin kencang dan hujan lebat telah menyebabkan dua batang pokok tumbang.

Para pengunjung kantin yang tengah menjamu selera terkejut dan tergesa-gesa berlindung daripada tiupan angin kencang dan hujan lebat. - Agensi

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts