Jom Layan link-link dibawah nie..

TURUN ke JALAN RAYA atau DIKELENTONG dalam Pilihan Raya!!!



"Esok Angkatan Muda Keadilan akan berkongres, tapi apakah kita akan mengutarakan usul - usul "mimpi tidur" yang mana kita akan ke Putrajaya.

Yang pasti impian "mimpi" ke Putrajaya adalah topik utama esok.Tapi apakah kita akan pasti merampas utrajaya melalui Pilihanraya adalah satu jalan mudah.Apakah yang mereka fikir mudah sungguh Najib akan melepaskan kerusi empuknya di Putrajaya andai Pakatan Rakyat Berjaya melepasi undi 2/3.

Apakah semudah itu UMNO yang selama 52 tahun yang menikmati kemewahan hasil dari memeras keringat Rakyat akan melepas satu - satunya takhta yang amat bernilai bagi mereka.Apakah mereka (UMNO) akan merelakan dirinya untuk di siasat dalam selcat parlimen malaysia atas segala penyelewengan mereka.Apakah banjingan - banjingan yang terlibat dalam kezaliman memali akan merelakan diri mereka di buru ke mana sahaja mereka pergi.

Kejayaan dalam tsunami 8 March 2008 hanya sekadar satu kesempatan yang di peroleh hasil dari "kelembapan" Pak Lah dalam mengemudi UMNO dan Barisan Nasional dan Pak Lah juga terkenal dengan nama mat ngantok.Tapi kini regim telah bertukar tangan,Najib a.k.a Mat Monggol bersama Rosmah Puaka kini mengcengkam kukunya dalam pentadbiran malaysia hari ini.

Apakah Rosmah mahu kenikmatan bershopping itu hilang buat selama - lamanya dan di ganti dengan Penjara yang indah di Kajang atau Sungai Buloh.Jawapannya pasti tidak dan mereka takkan membenarkan Pakatan memintas mereka untuk menguasai Putrajaya dengan begitu mudah.Maka berbagai taktik kotor dan kezaliman akan di lakukan agar Pakatan takkan ke Putrajaya Meskipun Mandat Rakyat adalah 100%.



Namun Pilihanraya seperti mana yang kita ketahui bukan lah medium yang akan memberi kemenangan untuk PKR dan Pakatan Rakyat.Apakah kita sedar bahawa pilihanraya telah di manipulasi oleh UMNO dan Barsian Nasional sejak 52 tahun kita merdeka.Suruhanjaya Pilihanraya itu adalah Barua Siapa?

Mungkin kita masih ingat lagi pada kali terakhir kita menang dalam pilihanraya kecil di sibu sarawak.Pada saat rakyat sibu telah memberikan Majoriti sebanyak 3000 undi kepada calon DAP yang bertanding di Sibu Sarawak maka kita pun takkan hairan bagaimana B-End Boleh memintas Undi DAP dalam masa satu Jam pada pukul 8.15 malam kerana pada ketika ini peratusan mengundi telah pun menurun.



Kita pun sudah maklum aparat apakah yang telah di lakukan oleh SPR untuk memastikan kemenangan B-end walaupun mandat berpihak pada Pakatan Rakyat.Andai Pakatan menang 3000 undi maka undi "reserve" akan di keluarkan untuk beri kemenangan untuk B-End,tapi selepas itu DAP ada lagi kelebihan majoriti 300 undi maka pengumuman keputusan PRK sibu di lengahkan seboleh mungkin.Andai DAP tidak Paksa SPR mengumumkan keputusan sudah tentu mereka akan mengistiharkan kemenangan itu berpihak pada BN walaupun Mandat adalah Milik DAP.

Segala - gala institusi yang ada di malaysia ini tak kira kehakiman,legaslatif,keselamatan dan juga pilihanraya semuanya adalah milik UMNO dan B-end.UMNO akan mengharamkan apa sahaja yang boleh mengubah keadaan dan landskap politik negara ini kecuali pilihanraya kerana pilihanraya tak boleh mengubah apa - apa.



Masih ingat lagi dengan Parti Komunis Malaya dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya.Tidak kah kita pelik sebelum Perang Dunia kedua Parti Komunis Malaya tidak di haramkan oleh British malah British menjemput lagi Komunis - Komunis ini untuk menjadi tenaga pengajar di sekolah 101.Pada ketika jepun menyerang Malaya British lari meninggalkan Malaya dan PKM lah yang berjuang di dalam hutan menentang Jepun demi Nusa dan Bangsa.

Jepun melabelkan Parti Komunis Malaya sebagai pengganas kerana menjalankan usaha penentangan melalui pertempuran drastik di dalam hutan menentang Jepun dan usaha merampas kembali Malay dari Jepun.Seharusnya Parti Komunis Malaya di iktiraf sebagai pahlawan negara dan bukannya pengkhianat kerana berjuang menentang jepun dan menyelamatkan anak - anak gadis jepun dari terus menjadi hamba nafsu tentera jepun.






Namun apabila British kembali ke Malaya maka PKM dan PKMM yang di lihat begitu Radikal untuk memperjuangkan kemerdekaan "tanpa Syarat" dan rundingan diharamkan kerana mereka akan mengubah situasi politik yang selama ini di kawal oleh British dan UMNO.Hanya kemerdekaan yang di capai melalui syarat untuk melindungi kepentingan British sahaja di benarkan melalui UMNO.Oleh itu Komunis dan PKMM yang di lihat mampu mengubah keadaan di haramkan.

Masih ingat lagi!!!

Pada tahun 1969 Mahasiswa - mahasiswa seperti Syed Hamid Ali, Khong Kim Hoong dan Yoong Suan telah turun berkempen dalam pilihanraya Umum.Sebanyak 13 rapat umum diadakan dengan kehadiran 100,000 orang rakyat menunjukkan betapa besar pengaruh gerakan pelajar di kalangan rakyat sehingga pimpinan Mahasiswa tidak dibenarkan ke negeri Pantai Timur.


Mahasiswa Dalam manifestonya memperjuangkan isu-isu masyarakat seperti hak-hak demokrasi, perpaduan nasional, reformasi pelajaran, kesihatan, gaji minimun, reformasi pertanian dan dasar luar .Mahasiswa telah turun padang dalam kempen pilihanraya 1969 dengan mengadakan rapat umum secara besar-besaran di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan Petaling Jaya.

Hasil dari usaha Mahasiswa menyebabkan PERIKATAN UMNO-MCA-MIC telah tewas Dalam pilihanraya umum 1969 PERIKATAN telah tewas dalam banyak kawasan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri-Negeri dan pilihanraya ini merupakan pilihanraya yang paling getir bagi sejarah PERIKATAN yang membawanya kepenghujung kewujudannya.

Di Selangor Dato Harun Idris hampir gagal menubuhkan kerajaan PERIKATAN Selangor kerana kekurangan kerusi yang dimenangi. Kerajaan negeri Selangor hanya boleh menubuhkan Kerajaan negeri kerana campur tangan DYMM Sultan Selangor mengikut peruntukan Perlembagaan Negeri.

Jika keadaan yang sama berlaku pada pilihanraya yang akan datang ini,ianya tidak akan dapat berbuat apa-apa kerana peruntukkan perlembagaan itu telah dipinda pada tahun 1993 dahulu semasa krisis perlembagaan yang negara hadapi semasa itu.

Semenjak pilihanraya umum Persekutuan diadakan selepas mencapai kemerdekaan, PERIKATAN yang ditunjangi oleh UMNO mendapat sokongan dari tiga kaum terbesar, Melayu, Cina dan India.

Orang Melayu dan UMNO semasa itu sangat rendah taraf ekonominya dan perbelanjaan pilihanraya dan urusan parti terpaksa bergantung kepada sumber kewangan dari orang Cina dan MCA.

Apabila orang Cina menarik sokongan kepada PERIKATAN, maka UMNO terkapai-kapai dan telah banyak kehilangan kerusi Parlimen dan kerusi Dewan-Dewan Undangan Negeri di seluruh negara.

MCA sendiri telah kecundang dalam banyak kerusi kerana pengundi-pengundi Cina telah memberikan sokongan kepada DAP dan sebuah parti yang baru ditubuhkan oleh Syed Husein Al-Atas iaitu parti Gerakkan.Dan kerana itu maka Mahasiswa telah di haramkan dari menyertai Politik dengan tergubalnya AUKU(Akta Univertsiti Dan Kolej Universiti).



Oleh itu janganlah bermimpi di siang hari si wahai pemuja - pemuja politik yang sedang lena di buai "mimpi" akan kenikmatan yang bakal dikecapi untuk menakluki Putrajaya melalui Pilihanraya.Pilihanraya adalah permainan bagi UMNO dan B-end yang di umpamakan bagai perlawanan Bola sepak.Padang permainan,pengadil,penjaga garisan termasuk peraturan perlawanan semuanya adalah Milik UMNO dan B-End.

Jadi apa yang mampu kita lakukan???

Ini yang pasti kita lakukan untuk merampas putrajaya


TURUN KE JALANRAYA DAN GERAKAN REVOLUSI

Sejarah telah menceritakan pada kita,tiada satu pun kerajaan yang zalim dalam dunia ini yang di tumbangkan melalui Pilihanraya tapi jangan pula babitkan seperti Jepun dan kerajaan mugabe di benua afrika.tapi di asia tenggara sendiri kita lihat sendiri apa jadi pada pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi yang menang dalam pilihanraya di mynmar,kemenangan itu akhirnya di batalkan oleh Junta.

Jadi sejarah telah bercerita pada kita bagaimanakah kerajaan - kerajaan Zalim ini di tumbangkan melalui Revolusi massa.Maka kita lihat dalam revolusi rakyat china yang di gerak kan oleh dr sun yat sen pada 1911 .

REVOLUSI RAKYAT CHINA 1911


Dinasti Ching yang diasaskan orang Manchuria pada tahun 1644 telah menjadi amat lemah pada hujung abad ke-18. Pada tahun 1841, British yang berdendam kerana candu yang diimport dimusnahkan oleh pegawai tinggi China telah menyerang China. Tentera Dinasti Ching gagal mempertahankan negara, menyebabkan Pulau Hong Kong, Semenanjung Kowloon dan New Territories dijadikan tanah jajahan British pada tahun 1842, 1860 dan 1898 masing-masing.

Empress Dowager (Bonda maharaja) Cixi yang merupakan tok dalang kepada maharaja budak pada masa itu telah membina taman rekreasi mewah peribadi dengan peruntukan untuk memperkembangkan kapal-kapal tentera laut. Oleh yang demikian, dalam Peperangan Sino-Jepun 1895, tentera laut dengan peralatan yang uzur terpaksa menerima cabaran tentera laut Jepun yang moden. Akibatnya, tentera laut Dinasti Ching dihapuskan sama sekali, dan Taiwan dijadikan tanah jajahan Jepun.

di belakang sun yat sen adalah bendera China yang asal sebelum Revolusi Ke-2

Dr. Sun Yat-sen, seorang doktor perubatan, telah mengetahui bahawa kerajaan yang begini mesti digulingkan. Beliau menjelajah ke sana sini untuk mendapatkan sokongan ramai, termasuk Tokyo, London, Pulau Pinang, Singapura dan Honolulu. Di Pulau Pinang, Dr. Sun telah menerbitkan akhbar Kwong Wah Jit Poh, yang merupakan suratkhabar tertua di antara suratkhabar berbahasa Cina yang masih beroperasi di dunia kini.

Akhirnya, pada 10 Oktober 1911, revolusi telah bermula di kota Wuchang, dan diikuti dengan ledakan rakyat yang sama di seluruh negara. Akhirnya, pemerintah maharaja telah digulingkan dan digantikan dengan sistem republik. Pada 1 Januari 1912, Republic of China telah diasaskan, dan 10 Oktober ditetapkan sebagai hari kebangsaan untuk memperingati Kebangkitan Wuchang. Badan-badan yang ditubuhkan Dr. Sun pula distruktur semula dan dinamakan Kuomintang (Parti Nasionalis) dan menjadi pemerintah.

REVOLUSI BOLSHEVIKS


Sejarah membangkitkan akan Revolusi Bolsheviks di Russia yang menumbangkan Kekuatan Maharaja Tsar Nicholas II sehingga terbina Republik Sosialis Soviet yang amat di geruni di seluruh dunia.Seluruh kekuatan anak muda di gembleng untuk menyedarkan kaum buruh dan petani dalam menumbang Maharaja Tsar.




Akhirnya Anak - anak muda berjaya membawa golongan pekerja biasa, petani dan askar di Rusia mengambil alih pemerintahan di Rusia dan mengusir kerajaan Kerensky dan Maharaja Tsar yang pro-kapitalis dengan perjuangan berhari - hari mengepung Bandar Moscow.

Manakala Pada 23 Februari 1917, satu demonstrasi tercetus di ibu kota Petrograd yang dilakukan oleh penduduk yang beratur untuk makanan. Tindakan mereka ini diikuti oleh beribu-ribu pekerja wanita di kilang tekstil yang keluar dari kilang mereka sebagai memperingati Hari Wanita Antarabangsa tetapi sebenarnya mahu memprotes kekurangan bekalan roti. Mereka memanggil pekerja-pekerja lain untuk bersama mereka. Gerombolan wanita dan lelaki ini menuju ke jalan-jalan dan berteriak "Roti" dan "Beri kami roti!". Dua hari selepasnya, mogok ini merebak ke kilang-kilang dan kedai-kedai di seluruh negara.


Sabit Mewakili golongan petani dan Tukul Besi Mewakili Golongan Buruh Kasar

Pada 25 Februari, hampir semua industri dan perniagaan di Petrograd terpaksa ditutup. Pelajar, pekerja kolar putih dan guru juga menuju ke jalan-jalan dan perjumpaan awam untuk menunjukkan ketidakpuasan hati mereka. Ahli-ahli politik sedar akan masalah yang bakal menimpa. Mereka mengutuk kerajaan dan menuntut menteri bertanggungjawab. Duma, yang dianggotai golongan bangsawan, meminta Maharaja Tsar melepaskan kuasa .

Begitu lah sebuah kerajaan yang zalim di tumbangkan oleh Kuasa Anak - anak Muda di jalan - jalan raya.

REVOLUSI ISLAM IRAN

Terdapat beberapa peristiwa pada tahun 1970-an yang menyebabkan tercetusnya revolusi. Antaranya ialah layanan mewah kerajaan kepada rakyat asing sedangkan ramai rakyat tempatan hidup melarat, kadar inflasi yang melonjak tinggi diikuti dengan jurang antara kaya dan miskin yang semakin besar, sikap sekularisme Shah Mohammad Reza dan juga dakwaan bahawa SAVAK merupakan punca kematian pemimpin Islam yang berfikiran moden, Ali Shariati dan juga penglibatan SAVAK dalam kematian putra Khomeini, Mostafa (di Tehran).

Pada Oktober 1971, terdapat sebuah sambutan untuk ke 2500 bagi meraikan pengasasan negara Parsi. Sambutan ini diadakan selama tiga hari di Persepolis dan tetamu-tetamunya hanyalah warga-warga asing. Ini merupakan sebuah pesta yang menelan belanja yang tinggi (dianggarkan menelan belanja sekurang-kurangnya $100 juta) Hidangan untuk pesta itu pula disediakan oleh tukang masak yang dibawa dari Paris. Pada masa yang sama, kawasan sekitar Persepolis iaitu wilayah Sistan dan Baluchestan mengalami kemarau yang teruk dan ramai penduduk di kawasan itu dan Iran umumnya hidup kelaparan.

Shah Mohammad Reza Pahlavi

Pada lewat 1974, berlaku peningkatan harga minyak di pasaran dunia. Namun begitu, kesannya kepada Iran adalah sebaliknya. Tahap inflasi melonjak naik dan jurang antara yang kaya dan miskin dan juga antara penduduk bandar dan luar bandar semakin besar. Lebih memburukkan keadaan, kerajaan Iran menghabiskan ratusan juta bagi membiayai pekerja-pekerja pakar asing dan juga membeli pelengkapan tentera daripada Amerika yang ternyata tidak berguna ketika itu dan ia satu pembaziran.


Pada tahun 1976, jentera kerajaan Shah menaikkan kemarahan penduduk Islam Iran kerana mengubah kalender Iran daripada kalender Hijrah kepada kalender solar Iran yang pernah digunakan ketika zaman Cyrus Agung. Pada tahun yang sama, Shah mengumumkan rancangan penjimatan ekonomi yang bertujuan untuk mengurangkan tahap inflasi. Kesannya, ramai rakyat Iran yang hilang pekerjaan dan ramai yang jatuh miskin dan bermigrasi ke kota besar meningkat.


Jimmy Carter, presiden Amerika pada tahun 1977 mengutuskan sebuah peringatan kepada Shah Mohammad mengenai betapa mustahaknya hak kebebasan dan kebebasan berpolitik. Shah kemudiannya membalas peringatan ini dengan mengampuni 357 tahanan politik pada bulan Februari tahun yang sama. Beliau juga turut membenarkan Persatuan Palang Merah untuk melawat penjara tahanan politik. Ini merupakan permulaan liberalisasi oleh Shah. Pihak liberal kemudiannya mengeluarkan seutus surat mengecam rejim beliau.

Tahun yang sama juga turut menyaksikan kematian seorang ahli politik yang penting iaitu Ali Shariati. Beliau adalah seorang pemimpin Islam moden dan kematian beliau didakwa didalangi SAVAK. Pada Oktober pula, putra Khomeini, Mostafa meninggal dunia. Walaupun punca kematian adalah serangan sakit jantung, tetapi terdapat desas desus mengatakan kematian beliau juga merupakan antara rancangan SAVAK

1978: Tercetusnya Revolusi

Bangkangan terhadap pemerintahan Shah dimulai dengan kumpulan-kumpulan liberal daripada kelas pertengahan dan berpusat di kawasan-kawasan bandar. Golongan ini lebih sekular dan mempraktikan Islam secara sederhana. Namun begitu tujuan protes mereka hanyalah supaya kerajaan Shah Mohammad berpegang kepada Perlembagaan Iran 1906, dan bukannya kepada undang-undang Sharia. Mehdi Bazargan adalah antara pemimpin yang paling aktif dalam bangkangan ini. Beliau memimpin Gerakan Iran Merdeka yang berkait rapat dengan bekas perdana menteri Iran, Mohammed Mossadegh. Gerakan ini mendapat sokongan padu dari dalam dan luar Iran.

Ulama-ulama Iran pula terbahagi kepada dua kumpulan iaitu ulama-ulama yang menyokong kumpulan sekular liberal dan kumpulan kedua menyokong gerakan komunis Marxists. Khomeini pula yang ketika itu sedang didalam buangan berkerja keras untuk menyatukan golongan ulama, golongan sekular, liberal dan pembangkang dan meletakkan mereka semua dibawah pimpinan beliau.


Januari 1978: Demonstrasi Pertama

Demonstrasi pertama menentang Shah dimulakan dengan kumpulan mahasiswa Islam dan Anak - Muda pada Januari 1978. Kerajaan Shah mengutuskan pihak tentera untuk menguraikan demonstrasi dan keputusan ini menyebabkan begitu ramai mahasiswa dan Anak - Anak Muda dibunuh dan Mati Bergelimpangan.

Mengikut tradisi Shia, sebuah majlis peringatan dilakukan setelah 40 hari kejadian itu berlaku dan ia dilakukan di masjid-masjid di seluruh Iran. Pada 18 Februari, beberapa demonstrasi dilakukan di seluruh Iran bagi memberi penghormatan kepada korban mahasiswa-mahasiswa itu dan juga untuk memprotes kekejaman Shah. Akhirnya, pergeseran tercetus di Tabriz dan ratusan penunjuk perasaan terbunuh. Perkara yang sama turut terjadi pada 29 Mac dan kali ini di seluruh Iran. Kebanyakan bangunan-bangunan dan pejabat-pejabat milik rejim Shah dirobohkan dan dimusnahkan, dan sekali lagi, ratusan nyawa terkorban.

Mei 1978: Ayatollah Shariatmadari Menyertai Kumpulan Pembangkang

Pada bulan Mei, beberapa pegawai kerajaan menceroboh masuk rumah Ayatollah Kazem Shariatmadari, salah seorang ulama Iran yang cukup berpengaruh. Pegawai kerajaan itu menembak mati salah seorang daripada pengikut Ayatollah Shariatmadari. Sebagai tindak balas, beliau menyertai barisan pembangkang menentang Shah.

Dalam masa yang sama, Shah Mohammad cuba menenangkan kumpulan pembangkang dengan merendahkan kadar inflasi, memohon maaf kepada para ulama dan memecat ketua SAVAK juga menjanjikan pilihan raya umum bebas pada bulan Jun. Tetapi rancangan inflasi yang mengurangkan belanja kerajaan menyebabkan ramai perkerja-pekerja awam terutamanya daripada golongan muda dan kurang mahir dipecat. Pada musim panas 1978, warga buruh ini berarak di jalanan memprotes polisi ini. Pada bulan November berikutnya, pekerja-pekerja lain pula melancarkan mogok dan ini menyebabkan ekonomi iran ketika itu lumpuh.

Shah Meminta Bantuan Amerika




Perbincangan Shah Iran dengan Alfred Atherton, William Sullivan, Cyrus Vance, President Carter, dan Zbigniew Brzezinski, 1977

Shah Mohammad Reza Pahlavi kini berhadapan dengan situasi revolusi. Lantas, beliau meminta bantuan daripada Amerika untuk menyokong beliau. Amerika pula ketika ini memerlukan Iran kerana ia terletak di Teluk Parsi dan kaya dengan sumber minyak. Malahan, Iran bersempadan dengan Kesatuan Soviet menjadikannya sebuah lokasi yang strategik bagi Amerika kerana ia dapat menolong Amerika dalam Perang Dingin. Namun begitu, imej Shah Iran telah tercemar dengan polisi kerajaan beliau yang mencabuli hak asasi manusia. Duta Amerika ke Iran, William H. Sullivan, menyatakan bahawa Penasihat Keselamatan Amerika, Zbigniew Brzezinski "telah berulang kali menyakinkan Shah Mohammad Reza yang Amerika akan membantu beliau". Presiden Amerika ketika itu,

Jimmy Carter didakwa telah gagal mengotakan janji Amerika ini. Pada masa yang sama, beberapa pegawai tinggi Amerika menyuarakan cadangan bahawa kepimpinan Iran haruslah digantikan bagi meredakan revolusi dan Shah Mohammad Reza haruslah turun takhtah. Tetapi rencana ini terbantut setelah Ayatollah Khomeini mengambil alih kuasa memerintah Iran.

Ogos 1978: Serangan Pembakaran Abadan

Ketika keadaan Iran di dalam kekabutan, sebuah panggung wayang di Abadan, Panggung Wayang Cinema Rex Fire, dibakar menyebabkan 400 nyawa terkorban. Para revolusi menyalahkan SAVAK dan mendakwa badan itu bertanggungjawab terhadap kejadian ini. Mereka mendakwa kebakaran ini sengaja dilakukan untuk menjerat kumpulan revolusi Islam.Keesokannya, seramai 10,000 saudara mara mangsa korban berkumpul di majlis pengebumian sambil melaungkan bantahan mereka terhadap Shah Mohammad.

September 1978: Jumaat Hitam (Black Friday)

Pada bulan September, seluruh negara kini mengalami ketidakstabilan. Protes terhadap Shah menjadi rutin setiap hari. Shah Mohammad pula menguatkuasakan pemerintahan tentera dan melarang semua demonstrasi.

Pada hari Jumaat 8 September, sebuah rusuhan tercetus di Tehran. Kumpulan ulama mendakwa bahawa "ribuan nyawa dibunuh oleh kumpulan zionis". Kumpulan tersebut sebenarnya adalah etnik Kurdi dan jumlah korban pula adalah sekitar 700 nyawa.Sebuah mogok umum dilaksanakan pada bulan Oktober yang terus melumpuhkan ekonomi Iran dan menyebabkan banyak industri utama terpaksa diberhentikan. Pada tahap ini, "takdir Shah Mohammad Reza telah pun ditentukan"

Disember 1978: Protes Muharram

Protes Muharram 1978 terjadi pada bulan Disember tahun yang sama. Pada 2 Disember, seramai dua juta rakyat Iran memenuhi jalan-jalan di Tehran, sekitar Dataran Azadi. Protes adalah untuk mendesak Shah Mohammad turun takhta dan membenarkan Khomeini kembali semula ke Iran.


1979: Shah Melarikan Diri Dan Kejayaan Revolusi

Pada 16 Januari, 1979, Shah Mohammad dan permaisuri beliau meninggalkan Iran atas nasihat perdana menteri beliau, Dr. Shapour Bakhtiar dan beberapa jam kemudian, semua simbol Shah Mohammad dirobohkan oleh penduduk awam. Dr. Shapour kemudiannya membubarkan SAVAK, membebaskan tahanan politik, menjanjikan pilihan raya umum bebas dan membenarkan demonstrasi awam semula.Beberapa hari selepas itu, beliau membenarkan Ayatollah untuk pulang ke Iran. Beliau turut meminta agar kumpulan revolusi lain untuk memelihara semula perlembagaan Iran.

begitu jua lah apa yang kita mesti lakukan di sini, selama 52 tahun kita kena kelentong dek United Malays National Organisation melalui pilihanraya,oleh itu terpulanglah pada seluruh anak muda sama ada mahu terus kena kelentong dalam pilihanraya atau mahu kemenangan melalui Revolusi Jalanraya.Kita anak Muda Harus Bangkit dan Kembalikan semula peristiwa Hartal.

Apa itu Hartal? Apakah Hartal Mampu tumbang UMNO dan B-End? apakata kita lihat sejarahnya!


Peristiwa Hartal dalam sejarah negara kita telah berlaku serentak di semua bandar-bandar besar di Semenanjung Malaysia hingga Singapura pada 20 Oktober 1947.

Ia adalah konotasi daripada gabungan usaha All Malayan Council Joint Action (AMCJA) dan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) demi membantah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) 1948. Sebelum itu, AMCJA-PUTERA telah menggubal satu perlembagaan untuk Tanah Melayu yang mereka namakan sebagai 'Perlembagaan Rakyat', tapi ditolak oleh pihak British.
Dalam peristiwa Hartal, majoriti kedai telah ditutup selama sehari dan ini menyebabkan segala urusan perdagangan dan jual beli di Tanah Melayu menjadi lumpuh serta mengakibatkan kerugian urusniaga bernilai jutaan ringgit.

Peristiwa ini melambangkan usaha protes terancang yang dikendalikan AMCJA-PUTERA demi memastikan 'suara rakyat' didengari oleh penjajah British.

Meskipun tindakan ini sedikit sebanyak menjejaskan ekonomi dan kepentingan British di Tanah Melayu, namun mereka tetap meneruskan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, 1948 demi kepentingan Mereka.
Peristiwa Hartal telah diperjuangkan PUTERA-AMCJA dan disokong oleh hampir keseluruhan rakyat Malaya(sekarang Malaysia) bagi menuntut perlembagaan Malaysia sendiri dengan menolak sepenuhnya perlembagaan yang dicipta oleh British dan disokong oleh UMNO pada waktu itu.
Andainya Hartal di kembalikan kita tak tahu entah berapa bilion United Malays National Oraganisation akan rugi sedangkan Demontrasi anti I.S.A saja di laporkan oleh Melalok dan Berita Hairan telah mengalami kerugian berjuta - juta,bagaimana pula sekiranya Hartal dan gerakan demonstrasi di gabungkan.Sudah pastinya kerugiannya akan menjadi berbilion - bilon.
Dan Yang pastinya Haram Jadah United Malays National Organisation akan tumbang menyembah bumi senasib dengan Maharaja Nicholas Tzar ,Raja Reza Pahlevi dan juga dinasti Ching.Oleh itu terpulang lah pada pemimpin - pemimpin anak Muda kerana hanya ini sahajalah jalannya daripada terus nak kena kelentong dalam pilihanraya dan di tindas buat selama - lamanya.

Dipetik dari:http://www.tranungkite.net

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts