My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Puaka Kolam Ikan: Murid Tahun Enam lemas

01/11/2010 5:26pm

TUMPAT: Seorang kanak-kanak lelaki dijumpai mati lemas dalam sebuah bekas kolam ternakan ikan di Kampung Simpangan, dekat sini, hari ini.

Mangsa, Wan Norhafizam Wan Nafi, 12, murid darjah enam Sekolah Kebangsaan Neting, dipercayai sedang mandi bersama empat rakan sebayanya di kolam yang ditakungi air itu kira-kira pukul 3 petang.

Ketua Polis Daerah Tumpat, Supt Khalid Munap berkata mayat mangsa dijumpai selepas gerakan mencari selama hampir tiga jam oleh anggota Bomba dan Penyelamat dan penduduk kampung.

Menurutnya, bekas kolam ternakan itu dipenuhi air berikutan hujan lebat sejak semalam.

Khalid berkata mayat mangsa, yang merupakan anak seorang guru, telah dihantar ke Hospital Tumpat untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada keluarganya untuk dikebumikan. - Bernama

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts