My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Projek MEGA Telan NYAWA : Fikir2kan....

Tak sah kalo project mega tak telan nyawa...cth pencakar langit yg ada di negara kita skang nie...cuba laa cari dan tanya org2 yg pernah menceburi bidang ini...tanya berapa ratus nyawa melayang untuk membina pencakar langit itu??? Still nak wat lagi menara warisan yg kos peruntukannya RM 5 BILION???hehehe....Fikir2 kan.....

Kita layan jea petikan akhbar KOSMO! nie yea...



SEBUAH bot pasukan mencari dan menyelamat meneruskan usaha mengesan Mohd. Nor di tempat kejadian (dalam bulatan) di Pantai Lido, Johor Bahru semalam.


JOHOR BAHRU – Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.

Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.

Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.

Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.

“Dia (Mohd. Nor) sudah merancang hendak melawat ibu kami yang sudah dua hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat barah leher tetapi tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts