My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

KENA CEKUP: Penyampai radio dicekup khalwat

ALOR SETAR: Seorang penyampai radio dicekup berkhalwat dengan seorang wanita di sebuah rumah sewa di Taman Tunku Sarina, Jitra, di sini, malam kelmarin.

Dia yang juga penerbit rancangan radio di utara berusia 34 tahun itu dicekup jam 11.15 malam oleh sepasukan penguatkuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) dengan pasangannya berusia 24 tahun.

Sumber berkata, hasil maklumat orang awam, sepasukan anggota PADKP bergegas ke sebuah rumah di taman perumahan itu dan mengesyaki sesuatu yang mencurigakan apabila keadaan rumah itu tertutup dan berkunci dari dalam.
Katanya, sebaik pintu diketuk, seorang lelaki yang berpakaian lengkap membukanya dan membenarkan pemeriksaan dijalankan di dalam rumah terbabit.

CLICK THIS PICTURE

“Hasil pemeriksaan menemui seorang wanita di dalam rumah itu berpakaian lengkap dan mereka mengaku tidak mempunyai sebarang hubungan mahram atau suami isteri.

“Lelaki itu mengaku mengenali pasangannya ketika wanita yang berasal dari Sarawak itu menjalani latihan amali di stesen radio berkenaan beberapa bulan lalu,” katanya di sini, malam kelmarin.




Sumber berkata, penyampai radio itu memberi alasan untuk menemani pasangannya makan kerana dia menyewa seorang diri di situ.
Difahamkan, penyampai radio itu yang dikenali di kawasan utara, hidup menduda sejak beberapa tahun lalu dan mempunyai seorang anak, manakala pasangannya masih bujang.

Katanya, sebelum ini PADKP menerima aduan orang ramai mengenai perbuatan penyampai radio terbabit kerap bermalam di rumah wanita itu dan pulang keesokan harinya.

"Pasangan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu sebelum dibawa ke pejabat agama daerah untuk diambil keterangan,” katanya.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts