My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Jeddah : Pasar raya tak hirau fatwa

JURUWANG wanita melayan pelanggan di sebuah pasar raya di Jeddah.
JURUWANG wanita melayan pelanggan di sebuah pasar raya di Jeddah.


JEDDAH: Juruwang wanita di beberapa pasar raya di bandaraya ini tetap bekerja seperti biasa, selepas majikan mereka tidak mempedulikan fatwa badan tertinggi agama Arab Saudi yang melarang wanita menjadi juruwang.


Rangkaian pasar raya Marhaba, tetap mengekalkan juruwang wanitanya walaupun selepas Mufti besar Sheikh al-Sheikh dan enam ulama kanan Arab Saudi menandatangani fatwa itu yang disifatkan bertentangan dengan dasar kerajaan mewujudkan pekerjaan bagi wanita.

Seorang pegawai di Marhaba berkata, wanita akan terus dibenarkan bekerja sehingga pihaknya menerima arahan dari Kementerian Buruh untuk memberhentikan mereka. Syarikat itu diberi kebenaran mengambil juruwang wanita tiga bulan lalu.
“Kami akan terus benar wanita bekerja. Kami tidak menerima surat arahan rasmi dari kementerian bagi memberhentikan mereka. Kami mempunyai 25 kakitangan wanita di seluruh cawangan,” katanya yang tidak mendedahkan nama.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada Panda, sebuah lagi rangkaian pasar raya yang merintis pengambilan juruwang wanita akan memberhentikan mereka.


Ahad lalu, badan rasmi fatwa di bawah Majlis Ulama Kanan Arab Saudi memutuskan bahawa wanita tidak dibenarkan bekerja sebagai juruwang kerana ia akan menyebabkan mereka bergaul dengan lelaki bukan muhrim.

Arab Saudi menguatkuasakan peraturan ketat yang menghalang pergaulan antara lelaki dan wanita di tempat awam, mengasingkan tempat lelaki dan wanita bukan muhrim dan hanya membenarkan mereka membuat perjalanan dengan izin muhrim lelaki.
“Wanita tidak dibenarkan bekerja di tempat di mana mereka terpaksa bergaul dengan lelaki bukan muhrim. Wanita perlu menjauhi tempat lelaki berkumpul. Mereka perlu mencari pekerjaan yang baik dan terhindar daripada godaan lelaki,” kata fatwa itu. – AFP

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts