My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Isteri mangsa Nahas : DERITA SAKIT



JENAZAH empat mangsa nahas di Kampung Nyatuh dekat Setiu dikebumikan dalam satu liang lahad di Besut semalam.



BESUT – Sudah jatuh ditimpa tangga.
Itulah penderitaan yang terpaksa ditanggung ibu tunggal, Che Marina Awang, 23, yang kehilangan suami dan anak selepas kedua-duanya terlibat dalam kemalangan di Jalan Penarik-Permaisuri dekat Kampung Nyatuh, Setiu dekat sini kelmarin.

Che Marina yang kematian suami, Noorazry Elmy Sidek, 29, dan anak tunggalnya, Noor Amysha Maisarah, berusia setahun, mengakui dia kini terpaksa menanggung kesakitan kerana payu daranya mula membengkak akibat lebihan susu.

Anaknya, Noor Amysha Maisarah sebelum ini bergantung sepenuhnya dengan susu badan.

“Orang kata tanah kubur boleh digunakan untuk kurangkan sakit ini, jadi saya ambil sedikit (tanah kubur) untuk dijadikan ubat,” katanya ketika ditemui pada majlis pengebumian anak, suami dan dua iparnya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Padang Bual, Pasir Akar di sini semalam.

Selain dua beranak itu, turut terkorban dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta Proton Wira dengan sebuah van itu ialah dua ipar Che Marina iaitu Noorazydyelwy Sidek, 32, dan Noor Afzan Efizalman, 16.

Kejadian pukul 1.30 petang kelmarin itu berlaku apabila kereta Proton Wira yang dinaiki empat sekeluarga dikatakan terbabas lalu merempuh sebuah van yang dinaiki 13 penumpang. Salah seorang penumpang van itu, Mek Wook Yaakob, 76, turut terbunuh.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts