My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

WHY: Henti Politik menara warisan???

KUALA LUMPUR 22 Okt. - Isu Menara Warisan Merdeka sengaja digunakan oleh pakatan pembangkang untuk mendapatkan markah politik tanpa melihatnya daripada pandangan ekonomi yang terbuka.

Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, apa yang dilakukan Permodalan Nasional Berhad (PNB) merupakan inisiatif ekonomi berpandangan jauh yang boleh menjanjikan penambahan milikan aset di kalangan syarikat dan entiti ekonomi bumiputera.

"Kecaman demi kecaman bahawa pelaburan besar hartanah ini akan menyebabkan pengurangan bayaran dividen kepada pelabur adalah cubaan untuk mengelirukan pandangan dan memberi persepsi buruk kepada projek tersebut.

"Apakah ada kumpulan yang anti milikan aset yang lebih besar kepada orang Melayu? Apakah ada rencana terancang menentang PNB? Adakah kita rakyat Malaysia tidak bangga kerana sebuah entiti ekonomi bumiputera mampu melaksanakan projek yang sedemikian besar?

"Henti politik isu Warisan Merdeka kerana Pemuda UMNO tidak mahu projek pembangunan yang merupakan hasil dan cadangan ekonomi sebuah 'ikon' entiti ekonomi Melayu itu akan menjadi isu perkauman," katanya kepada Utusan Malaysia di sini mengulas tindakan pakatan pembangkang yang terus membantah dan mempolitikkan isu pembangunan menara tersebut.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Bajet 2011 mengumumkan bahawa PNB akan membina projek bersepadu melibatkan pembinaan menara setinggi 100 tingkat dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara yang turut terletak di kawasan yang sama. Keseluruhan projek itu bernilai RM5 bilion dijangka siap pada tahun 2015.

Reezal menambah, tindakan DAP yang terus memberikan persepsi buruk mengenai projek itu mungkin mempunyai agenda tersirat untuk menyerang Dasar Ekonomi Melayu (DEB) melalui Warisan Merdeka.


Hakikatnya beliau berkata, DEB sudah mampu menzahirkan sebuah entiti ekonomi hebat seperti PNB dan ini tidak perlu disabotaj oleh DAP.

"Suka saya merujuk kepada kenyataan Ketua Eksekutif PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman bahawa PNB tidak menggunakan duit kerajaan untuk projek itu," tegasnya.

Dipetik dari: UTUSAN meLAYU






@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts