My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Tuntut RM200,000 : Salih Yaacob ditipu Syarikat Ais Krim!


SALIH YAACOB tidak berniat mahu meminta simpati tetapi hanya menuntut hak yang dipersetujui dalam kontrak.


PELANGGARAN kontrak atau penipuan pembayaran membabitkan artis dengan pihak penganjur konsert, syarikat rakaman, penerbit mahupun pihak korporat seakan menjadi isu wajib dalam senario hiburan tanah air.
Julai lalu, kita pernah mendengar keluh resah sekumpulan pemuzik indie dan penyanyi solo membabitkan artis terkenal termasuk Ella, Bunkface, Hujan, Meet Uncle Hussain (MUH), May, Amuk, Radhi OAG dan Pesawat yang mendakwa menjadi mangsa penipuan penganjur konsert KL Music Fest 2010 yang berlangsung di pekarangan Menara Kuala Lumpur. Itu berhubung kisah penyanyi dengan penganjur konsert.
Lain pula halnya antara artis yang memeterai kontrak jurucakap produk atau duta barangan. Tidak terkecuali dalam kemelut ini ialah penyampai popular, Salih Yaacob.
Dakwa penyampai Sinar.FM itu, dia pernah mengikat kontrak sebagai jurucakap sebuah syarikat ais krim jenama tempatan, dari tahun 2008 hingga 2009. Malangnya, sejak tamat kontrak pada Ogos 2009, sehingga kini, bayaran berjumlah RM200,000 berupa baki kontrak itu masih belum dilunaskan syarikat terbabit.
Puas merayu disusuli banyak panggilan telefon berbalas pelbagai alasan, Salih tekad menuntut haknya diadili di mahkamah. Dia kesal dan kecewa kerana penganjur gagal memenuhi semua janji yang dipersetujui sebelum ini. Pihak syarikat itu yang dihubungi Sensasi Bintang bagaimanapun enggan mengulas dakwaan Salih.
Kenapa sekarang baru mahu bertindak?

GAMBAR hiasan menunjukkan kios jualan produk syarikat yang dimaksudkan Salih.


Tujuh bulan lepas saya pernah merayu dengan pihak syarikat terbabit. Ketika itu, tujuan saya bukan untuk bermewah-mewahan tetapi untuk meringankan bayaran perubatan rawatan penyakit kronik yang dihidapi anak bongsu saya. Farah Aqeesa menghidap leukemia yang memerlukan kos perubatan puluhan ribu ringgit. Saya bertindak bukan untuk diri sendiri memandangkan bayaran kos rawatan anak sudah dilangsaikan. Saya mahu membuka mata pihak lain, rasanya ramai lagi yang tertipu, bukan saya seorang.
Kenapa tidak bersemuka dengan pihak syarikat itu?
Saya dah hubungi mereka tetapi macam-macam hal. Dulu masa mahukan saya terima tawaran, mereka sanggup datang ke muka pintu rumah saya. Pujuk-rayu supaya terima tawaran tapi bila sudah habis kontrak, senyap. Dulu mereka kata mahu tolong orang Melayu untuk sama-sama berjaya, tapi begini jadinya.
Tindakan bagaimana hendak diambil, adakah saman?
Itu terpulang kepada peguam saya, ia masih dalam perbincangan. Kalau tidak tuntut bayaran itu, silap saya sebab termaktub dalam kontrak. Saya cuma mahu bertegas untuk dapatkan hak saya, tetapi bukan menagih simpati. Duit itu bukan lagi untuk saya tetapi saya ada kesedaran baru.
Kesedaran bagaimana?

FARAH AQEESA masih menerima rawatan susulan di sebuah hospital di Kuala Lumpur.


Tiga bulan keluar masuk hospital, saya dan isteri yang semakin sakit tengok penderitaan anak dan kanak-kanak lain yang terlantar di hospital. Saya mahu duit RM200,000 itu untuk disumbangkan sebagai dana hospital untuk membiayai rawatan perubatan kanak-kanak yang datangnya daripada keluarga miskin, yang tak mampu membayar kos perubatan puluhan ribu ringgit. Saya terpanggil untuk beri sumbangan, sumbangan cara lain saya tak mampu, itu sahaja yang saya boleh buat.









Dipetik dari: Kosmo! Online

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts