My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

TERDESAK : Sejarah subjek wajib lulus SPM



PARA perwakilan mengangkat tangan menyokong ucapan Muhyiddin agar Sejarah dijadikan subjek wajib lulus SPM di PWTC, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR - Kerajaan memutuskan untuk menaik taraf status Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2013, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar).

Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah tersebut bererti setiap calon perlu lulus mata pelajaran Sejarah sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebelum ini.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pada masa ini di peringkat sekolah menengah, mata pelajaran Sejarah adalah mata pelajaran teras yang wajib diambil oleh semua pelajar.


"Selaras dengan pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian besar jurucakap dalam Perhimpunan Agung UMNO, saya mengumumkan bahawa Kementerian Pelajaran memutuskan untuk menjadikan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM mulai 2013 seperti mana mata pelajaran Bahasa Malaysia sebagai syarat untuk mendapat sijil SPM,'' katanya.

Dipetik dari: KOSMO!Online



















@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts