ARIEL PETERPAN ditahan pihak berkuasa Indonesia sejak Jun lalu sehingga menyebabkan semua aktiviti ahli grup Peterpan yang lain terjejas memandangkan vokalis mereka masih disiasat berhubung kes video lucah bersama artis Luna Maya.
Keadaan itu menyebabkan anggota grup tersebut mencari projek sampingan. Terbaru, pemain dram kumpulan yang terkenal dengan lagu Ada Apa Dengan Mu, Reza, membentuk sebuah grup baru yang diberi nama Orange. Reza juga bertindak sebagai penerbit grup tersebut.
"Album Orange akan dilancarkan bulan hadapan," ujar Reza yang menafikan khabar angin kononnya dia sudah meninggalkan Peterpan.
"Saya masih bersama Peterpan tetapi dengan grup baru itu, saya dapat membuat pelbagai perkara.
"Ia juga untuk menyegarkan diri saya. Malah, setiap ahli Peterpan ada projek masing-masing," ujarnya yang menganggap pembentukan Orange hanyalah untuk mengisi masa lapang.
Reza turut berharap Peterpan boleh muncul semula tahun hadapan manakala kes Ariel dapat diselesaikan dengan segera.
Dipetik dari: http://kosmo.com.my