PADA Ogos lalu, penyanyi kacak Korea, Park Jung-min menguar-uarkan perjalanan kerjaya solonya di Jepun dengan dibantu oleh syarikatnya sendiri, CNR Media. Baru-baru ini, Jung-min muncul dalam sebuah majalah Jepun dan bercerita tentang perasaannya mempersembahkan bakat di Negara Matahari Terbit itu.
Jung-min meluahkan keresahannya dan berasa tertekan namun berazam untuk bekerja keras. Sudah menetap kira-kira setengah tahun di sana, Jung-min sedang cuba memperbaiki bahasa Jepunnya.
Namun, dia mempunyai satu azam yang mahu dilaksanakan. "Saya ingin berjaya dahulu di China, Jepun dan Korea. Kemudian barulah saya selesa untuk digelar 'Lelaki No. 1 yang enak dipeluk'," ujarnya yang diberi jolokan 'Seksi Karisma'.
Dipetik dari: http://kosmo.com.my