SKUAD menembak negara akhirnya berjaya mengakhiri kemarau pingat emas pada temasya Sukan Komanwel.
Semalam, gandingan Nur Ayuni Halim dan Nur Sur- yani Mohd. Taibi menjuarai acara 10 meter Air Rifle berpasangan wanita di Lapang Sasar Dr. Karni Singh.
Mereka menghadiahkan pingat emas keenam kontinjen Malaysia selepas mengumpul 793 mata, hampir melepasi rekod 795 mata yang dicipta oleh India pada edisi 2002 di Manchester, England.
Gandingan negara itu berjaya mengatasi pasangan pilihan dari Singapura, Jasmine Xiang Wei-Huan Cheng Jian yang menguti 790 mata manakala gangsa menjadi milik India, Suma Siddharth-Kavitha Yadav (785).
Kejayaan itu menebus kekecewaan skuad menembak negara pada dua temasya sebelum ini apabila kali terakhir Malay- sia membidik emas adalah pada Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur.
“Kemenangan ini memang tidak dijangka kerana di sepanjang saingan, pasangan Singapura mencatat mata yang tinggi.
“Namun, apabila semua mata dikira secara rasmi, saya tidak sangka berjaya mengatasi penembak pilihan.
“Kejayaan ini amat bermakna. Prestasi saya di sini lebih baik berbanding Sukan Komanwel 2006 dengan dua gangsa pingat gangsa dalam acara 3 posisi individu dan berpasukan,” kata Nur Suryani.
Suryani, 28, berkata, kejayaan meraih pingat emas dalam acara itu telah melonjakkan sema- ngatnya untuk aksi beraksi lebih baik dalam acara seterusnya iaitu 10m Air Rifle individu hari ini.
“Saya mahu melakukan catatan lebih baik esok berbanding apa yang saya lakukan hari ini,” katanya.
Sementara itu, Nur Ayuni, 20, berkata, ini merupakan kejayaan terbesarnya padai peringkat antarabangsa sejak mereka digandingkan dalam acara tersebut.
“Tak sangka, terkejut dan gembira. Itu yang boleh saya katakan apabila kami memena- ngi acara ini.
“Temasya ini adalah penyertaan pertama saya pada peringkat Sukan Komanwel.
“Sudah tentu saya gembira kerana penampilan sulung saya pada peringkat Sukan Komanwel berjaya membuahkan pingat emas,” jelasnya.
Sementara itu, gandingan Hasli Izwan Amir Hassan dan Khalel Abdullah menduduki tempat kelima dalam saingan 25m Centre Fire Pistol berpasa- ngan lelaki.
Dipetik dari: http://kosmo.com.my