Jom Layan link-link dibawah nie..

Perisik seksi muncul di Kazakhstan


ANNA CHAPMAN (kiri) dikawal oleh seorang lelaki di sebuah pusat pelancaran roket Rusia di Kazakhstan kelmarin.


BAIKONUR - Pengintip seksi Rusia, Anna Chapman membuat kemunculan mengejut di selatan Kazakhstan apabila dia melambaikan tangan sebagai tanda untuk mengucapkan selamat jalan kepada tiga angkasawan yang berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS).
Chapman yang memakai kot merah menghadiri majlis ucap selamat jalan kepada angkasawan AS, Scott Kelly dan dua angkasawan Rusia di sebuah balai berlepas di sini kelmarin.
Kumpulan angkasawan itu berlepas dengan menaiki roket Soyuz TMA01M dari sebuah pusat pelancaran di sini.
Angkasawan itu akan berada di ISS selama lima bulan.
Chapman, 28, memberitahu seorang wartawan bahawa dia baru tiba di ISS semasa ditanya mengenai kehadirannya tanpa mengulas lanjut.
Diiringi seorang lelaki sasa yang menghalang kumpulan wartawan daripada menghampirinya, dia kemudian menuju ke sebuah rumah tetamu yang dikawal rapi berhampiran pelantar pelancaran.
Wanita cantik berambut merah itu adalah antara 10 ejen Rusia yang diusir dari AS pada 10 Julai lepas kerana kesalahan mengintip.
Gambar-gambar seksinya yang terpapar di beberapa laman jaringan sosial menyebabkan Chapman menjadi popular di Barat. - AP

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts