My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Perancangan kahwin tidak menjadi




SEPATUTNYA, model dan pelakon terkenal, Nasha Aziz berlepas dari ibu negara menuju ke Tanah Suci Mekah untuk mengerjakan umrah pada 10 Mei lalu. Tanpa mampu ditolak, impian untuk memijakkan kaki ke kota Mekah bagaimanapun tidak menjadi kenyataan.
Wanita tinggi lampai berusia 39 tahun itu dijadualkan menunaikan umrah bersama kekasih hati yang merupakan saudara baru, Nur Iman Tang selama dua minggu. Berita menggembirakan itu dikhabarkan sendiri oleh Nasha kepada pihak media beberapa bulan lalu.
Begitupun, dalam nada tenang, anak kelahiran Kuala Lumpur itu yang ditemui pada majlis Rafflesia menyumbangkan tajaan pada Festival Filem Malaysia ke-23 (FFM23) di Hotel Park Royal, ibu negara Isnin lalu, berkongsi cerita sebenar agar tidak disalah erti.
“Terus terang, kami memang mahu pergi ke Mekah seperti dirancang. Tetapi, apabila hampir tiba masanya, dia (kekasih) berdiam diri tanpa memberi sebarang alasan kepada saya sedangkan sebelum ini keterujaan jelas terpancar untuk mengikut saya menunaikan ibadat di sana.
“Namun, saya tidak sesekali melatah atau melenting tidak tentu fasal dengan tindakannya. Sebagai manusia biasa, saya bersikap terbuka. Saya hanya membiarkan dia berfikir sendiri. Sampai sekarang, kami tidak pernah membincangkan secara langsung hal ini lagi.
“Mungkin saya dilahirkan ke dalam dunia ini untuk memahami manusia. Meskipun hajat menunaikan umrah bersama tidak tercapai, hakikatnya, saya cukup gembira kerana tidak memaksa orang lain membuat keputusan,” terang Nasha yang telah bersedia sepenuhnya untuk bergelar isteri..

KEMBALI ke dunia asal kerjayanya, Nasha kini ingin memberi tumouan terhadap bidang peragaan.


Tidak terkilan dengan situasi yang berlaku, Nasha bagaimanapun percaya segala yang terjadi punya hikmah sendiri. Malah, tetap hatinya berkata, itu semua datang daripada Allah. Dan sebagai insan kerdil, dia sekadar pasrah menerima takdir serta ketentuan tersebut.
“Saya hanya boleh memberi galakan dalam soal agama. Cuma, tidak boleh memaksa atau mempersoalkan dilemanya terutama kepada saudara baru macam dia. Biarlah dia bersedia sepenuhnya, dan saya percaya ia akan datang sendiri kepadanya selepas ini,” akui Nasha.
Dalam waktu sama, sosok berketinggian 176.68 sentimeter (5 kaki 8 inci) itu bercadang untuk menunaikan umrah tidak lama lagi. Hatinya beria-ria mahu sampai ke Tanah Suci untuk berada lebih dekat lagi dengan Sang Pencipta. Itu tegas Nasha. Tiada sesiapa boleh menghalangnya.
“Saya mengambil keputusan untuk pergi sendiri ke Mekah dalam waktu yang telah difikirkan. Kali ini, saya pilih visa ziarah. Sesiapa saja boleh ikut saya.
Terpulang kepada si dia untuk ikut sekali atau tidak. Kerana itu, saya tidak suka merancang, khuatir pula ia tidak menjadi.
“Kalau mahu ikut, ikut saja. Yang pasti, saya tidak mahu menjanjikan apa-apa kepada dia,” katanya lagi.
Tetap mahu kahwin

Mengikut perancangan juga, sekembali pasangan itu dari mengerjakan umrah, mereka ingin mengakhiri hubungan cinta yang dibina dengan lafaz akad nikah. Tidak berpeluang melakukan ibadat tersebut, sejak hari itu, Nasha dan kekasihnya terus sepi tanpa berita.

NASHA menerima takdir yang menimpa dirinya dengan penuh rela dan terbuka.


Waktu deras berlalu. Hingga ke saat ini, belum bertebar sebarang cerita perkahwinan Nasha dan Iman. Lantaran itu, ada sesetengah peminat mula membuat konklusi sendiri berkaitan status perhubungan mereka yang belum berkesudahan di jenjang pelamin.
Penuh santun menuturkan kata, Nasha sejujurnya enggan bercakap lebih panjang soal jodoh. Dia dan Iman sekadar mampu merancang. Tetapi, Tuhan punya kuasa mencorakkan takdir setiap manusia di muka bumi ini. Itu tidak mampu ditolak.
Jelasnya: “Anugerah ini (kahwin), saya belum terima daripada Allah. Jangan risau, kalau saya hendak mendirikan rumah tangga, saya pasti berkongsi cerita ini kepada pihak media. Kalian banyak membantu saya bermula awal kemunculan dalam bidang seni sehinggalah hari ini.
“Saya amat hargainya. Justeru, saya tidak akan menyembunyikan perkara baik ini. Cuma,buat masa sekarang, apa yang boleh dikatakan, semua harus menunggu. Ini semua datang daripada Allah.”
Menghela nafas panjang, perlahan sahaja tutur Nasha: “Susah hendak jadi Noraishah Abdul Aziz dalam usia hampir 40 tahun, tambahan pula merupakan seorang wanita. Saya sendiri memerlukan sumber pendapatan untuk menyara kehidupan.
“Tetapi pada waktu sama, saya harus menyayangi diri sendiri terlebih dulu dalam segala hal. Alhamdulillah, saya tidak jadi seorang manusia yang hancur dengan buat benda-benda jahat atau mengambil dadah. Ini semua kerana Allah sentiasa berada di sisi saya.”

Dipetik dari: KOSMO! Online

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts