My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Pelakon Lost balik ke Korea


KIM YUN-JIN dipeluk oleh seorang peminatnya pada Festival Filem Antarabangsa Pusan Ke-15 di Busan, Korea Selatan semalam.


BUSAN, Korea Selatan - Bintang siri televisyen Lost, Kim Yun-jin kembali ke negara kelahirannya untuk menghadiri Festival Filem Antarabangsa Pusan sebagai juri.
Pelakon berketurunan Korea-Amerika berusia 36 tahun itu baru sahaja menyempurnakan tahun keenamnya bersama siri Lost yang episod terakhirnya bakal ditayangkan pada Mei tahun depan.
"Secara keseluruhannya, penonton-penonton di Amerika Syarikat (AS) tidak banyak tahu mengenai filem Asia. Diharapkan festival-festival filem antarabangsa seperti Pusan ini akan mengubah situasi itu pada masa akan datang," kata Yun-jin pada sidang akhbar di sini semalam.
Dia dilahirkan di Seoul tetapi berpindah ke AS semasa berusia 10 tahun.
Aktres itu menjadi popular di Korea selepas melakonkan watak seorang perisik Korea Utara dalam filem Shiri pada 1999.
Dia terus berlakon dengan produksi Korea Selatan tanpa mengabaikan siri Lost.
"Kembali dan berlakon dalam filem Korea sememangnya sesuatu yang menyeronokkan," katanya.
Drama terbarunya, Harmony akan disiarkan pada Januari depan.
Ia mengisahkan empat banduan wanita yang bersahabat selepas menyertai satu kumpulan koir. - AP

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts