My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Obama cuba pikat umat Islam lagi

Berita harian 30/10/10

WASHINGTON: Presiden Barack Obama akan melawat masjid terbesar Indonesia dan membuat ucapan besar-besaran di kawasan terbuka menyasarkan terhadap masyarakat Islam global apabila melawat Indonesia bulan depan, kata Rumah Putih kelmarin.

Obama berlepas 5 November depan dalam lawatan 10 hari ke India, Indonesia, Korea Selatan dan Jepun. Pada 10 November di Jakarta, Obama akan melawat Masjid Istiqlal dan kemudian membuat ucapan dari sebuah lokasi luar lain tempat orang ramai berkumpul.
“Beliau berpeluang bercakap mengenai dasar perkongsian bersama Indonesia, namun akan turut mengulas beberapa isu demokrasi dan kemajuan serta hubungan kami kepada masyarakat Islam di seluruh dunia,” kata timbalan penasihat keselamatan kebangsaan, Ben Rhodes.
“Melawat masjid dan berucap, saya fikir beliau mendapat peluang mengalahkan tema yang dibuatnya dari segi capaian kepada masyarakat Islam di seluruh dunia,” kata Rhodes dalam sidang media itu.

Wanita pertama Michelle Obama turut mengiringinya ke Jakarta. Presiden Amerika Syarikat itu sepatutnya berkunjung ke Indonesia Mac dan Jun lalu, namun menangguhkan lawatan kerana kebimbangan mengenai suasana politik tempatan, yang mengecewakan dan menaikkan kemarahan sesetengah penduduk Indonesia.

Namun, Obama masih popular di negara penduduk Islam paling ramai kerana menghabiskan empat tahun membesar di sana, walaupun ketika keyakinan terhadapnya di negara Islam lain menurun sejak membuat ucaptama di Kaherah Jun 2009 menuntut permulaan baru dengan dunia Islam.

Obama juga akan mengumumkan satu ‘perkongsian komprehensif’ dengan Indonesia berhubung keselamatan, ekonomi dan isu antara penduduk, kata Jeffrey Bader, penasihat utamanya mengenai hal ehwal Asia.
Obama dijangka melawat tapak keagamaan utama ketika jelajah Asianya, Kuil Emas Sikh di bandar utara India di Amritsar. – Reuters

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts