My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

MAROON 5 Fantastik!



VOKALIS grup Maroon 5, Adam Levine menegaskan bahawa album Hands All Over merupakan perkara terbaik yang pernah mereka lakukan. Buah tangan terbaru ini merupakan album studio keempat mereka.

Jujurnya, sekali dengar, album ini kurang berjaya menarik perhatian penulis. Tetapi selepas lama mendengarnya, penulis akhirnya dapat merasakan kematangan dalam produk terbaru lima ahli grup ini. Mereka bereksperimentasi dengan bunyi dan menjadikan album ini sebuah album pop yang fantastik.

Single pertama Maroon 5, bertajuk Misery memang sesuai dinamakan sebagai jolokan pertama buat para pendengar.

Memikat dan sarat terkandung ramuan dan tanda dagang Maroon 5, namun pasti perbezaan terhadap material lama mereka terimbas dalam ingatan pendengar.

Give A Little More yang merupakan lagu di runut kedua dan single seterusnya buat pendengar yang meminati bunyi yang funky dan segar. Ia merupakan pilihan yang fantastik untuk single kedua. Para pendengar mungkin akan lebih bergoyang dan sama-sama menyanyikan lagu ini bersama.

Hands All Over mungkin mengambil sedikit masa untuk dicerna oleh para peminat grup yang ditubuhkan pada tahun 1995 ini.

Ini disebabkan oleh kelainan bunyi yang dibawakan dalam album ini berbanding album terdahulu. Trak seperti Stutter dan I Can't Lie merupakan contoh terbaik bahawa grup ini sedang mengubah haluan ke arah kematangan dan perubahan.

Never Gone Leave This Bed dinyanyikan secara seksi oleh Adam yang bercerita perihal kepercayaan dan kemaafan dalam sebuah perhubungan. Melodinya manis dan liriknya ditulis dengan penuh keikhlasan.


Populariti grup bergenre country dimasukkan ke dalam album ini apabila Lady Antebellum berkolaborasi bersama Maroon 5 menyanyikan lagu Out Of Goodbyes. Lagu yang disuntik perasaan dan pengaruh country ini mantap dengan keserasian vokal yang diadunkan. Enak dan senang menangkap pendengaran. Mereka juga muncul dengan sebuah lagu Queen yang dinyanyikan semula dengan cara mereka bertajuk Crazy Little Thing Called Love. Menarik!

Komen Sofia: Hands All Over mempamerkan kemampuan Maroon 5 bukan hanya boleh muncul dengan lagu pop yang catchy, tetapi juga genre yang berlainan.

Dipetik dari: KOSMO! Online

















@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts