My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Kebebasan Akhbar - Kedudukan Malaysia Merudum Dalam Laporan Kebebasan Akhbar


Image Hosted by ImageShack.usKUALA LUMPUR, 20 Okt: Pengekangan demi pengekangan terhadap kebebasan akhbar oleh Kerajaan Barisan Nasional UMNO menyaksikan kedudukan Malaysia jatuh merudum ke tangga 141 dalam indeks laporan Kebebasan Akhbar Sedunia 2010.Badan pemerhati kebebasan akhbar, "Reporters Whithout Borders (RSF) yang berpangkalan di Paris meletakkan Negara ini di tangga ke 141 dalam laporan yang diterbitkan mereka

Kedudukan terbaru itu juga memberi kejutan kerana pencapaian Singapura yang ditempatkan di tangga 136 sekalius menjadikan kedudukan republik itu lebih baik daripada negara ini yang menduduki di tangga ke 131 tahun lalu.

Laporan yang diterbitkan badan tersebut juga menyaksikan pencapaian terburuk negara ini dalam tempoh sembilan tahun malah terperosok dikelompok antara yang  terburuk daripada 178 negara yang disenaraikan.
Antara isu yang mungkin menyebabkan kedudukan negara ini merudum 10 tangga ke bawah adalah isu penahahan penulis-penulis blog, pengharaman beberapa penerbitan buku dan juga kartun serta siasatan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung laporan akhbar Malaysiakini mengenai isu protes kepala lembu awal tahun ini.


Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga barau-baru ini telah mengharamkan penerbitan buku kartun 'Cartoon-o-phobia' oleh pelukis kartun, Zunar serta buku "The March To Putrajaya" terbitan penulis politik, Kim Quek
Bagaimanapun, di kalangan negara Asean, laporan RSF menunjukkan Malaysia diletakkan lebih baik daripada Thailand dan Filipina.
Thailand dan Filipina berada di tangga ke 153 dan 156 berikutan kematian dua wartawan yang terbunuh serta 15 yang cedera ketika membuat liputan demonstrasi 'baju merah' di Bangkok.
Dalam pada itu,  Finland, Iceland, Netherlands, Norway, Sweden and Switzerland berkongsi di tempat pertama manakala Amerika Syarikat pula berada di keduduakan ke 20 dan dua tempat tercorot pula diduduki oleh Korea Utara (177) dan Eritrea (178).
Selain daripada Korea Utara , dua negara Asean lain, Vietnam dan Laos berada dikalangan 15 tempat tercorot daripada 178 negara yang disenaraikan dalam laporan yang disediakan oleh badan terbabit.

Dipetik dari: Tranungkite.net






@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts