My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

JOM BELI RUMAH: Karnival Bank galak beli rumah

KUALA LUMPUR – Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar menyasarkan kira-kira 71 peratus daripada bakal pembeli rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) selesai urusan pinjaman bank tahun ini melalui Karnival Bank kali kedua yang akan diadakan pada 16 Oktober sehingga 4 Disember ini.
Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, sehingga 30 September lalu, seramai 18,828 bakal pembeli yang layak membeli rumah PPR Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan PA Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menerima surat tawaran pembelian rumah berkenaan.
Jumlah itu adalah sebahagian daripada 23,431 penyewa yang menyatakan persetujuan untuk menerima tawaran membeli rumah-rumah itu.
“Bakal pembeli rumah PPR MTEN dan PA DBKL amat dialu-alukan untuk hadir dan menyertai program penjualan rumah sepanjang tempoh berlangsungnya Karnival Bank di zon-zon kawasan dan pada tarikh-tarikh yang dijadualkan,” katanya dalam satu kenyataan akhbar mengenai Karnival Bank Kedua Program Penjualan Rumah PPR MTEN dan PA DBKL kelmarin.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts