Jom Layan link-link dibawah nie..
Hilang nyawa tegur anak jiran
MAK MANDIN - Gara-gara menegur tingkah laku anak jirannya, seorang pengawal keselamatan kilang maut ditikam dalam satu kejadian pergaduhan di Rumah Hijau, Mak Mandin, di sini malam semalam.
Mangsa, K Nadarajan, 40, mati semasa mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Bagan (HPB), setengah jam selepas itu akibat kecederaan parah ditikam di bahagian dadanya oleh bapa kepada remaja yang ditegurnya itu.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Zulkifli Alias semasa dihubungi mengesahkan kejadian itu berkata, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh.
“Kita menerima panggilan mengatakan seorang lelaki mengalami kecederaan parah selepas terlibat dalam satu pergaduhan di pekarangan rumah transit itu pada jam 8.20 malam semalam.
“Punca pergaduhan itu dikatakan berlaku kerana mangsa menegur anak seorang tukang gunting rambut yang berkelakuan tidak sopan terhadapnya,” katanya.
Menurutnya, kedua lelaki itu dikatakan bertengkar sebelum masing-masing masuk ke dalam rumah mereka mengambil senjata tajam berupa parang dan bergaduh semula sejurus selepas itu.
Dalam pergaduhan itu, mangsa mengalami kecederaan parah akibat ditikam manakala suspek cedera di beberapa bahagian badannya akibat ditetak sebelum masing- masing dikejarkan ke HPB dan Hospital Seberang Jaya (HSJ) oleh orang ramai.
Dipetik dari: http://www.sinarharian.com.my
@@ Followers @ @
Pembaca Berita PANAS!
Popular Posts
-
Aksi Nabil dan Uqasha yang dinafikan Nabil... Adakah superimposed?? Kalo ianya superimposed kenapa terkejut beruk ketika ditanya wartawan?? ...
-
KUALA LUMPUR: Pertanyaan ringkas ‘Bos! mau Amoi...murah RM200 sahaja’ adalah antara ayat pelaris digunakan sekumpulan ‘bapa ayam’ yang gia...
-
foto diambil dari blog : click sini KOTA KINABALU: Selepas heboh dengan aksi video kelakuan tidak bermoral pelajar sekolah, kini ma...
-
MARI saya jawab terus pertanyaan "Siapa gadis manis bertudung ini?". Dia ialah bunga yang sedang berkembang dan nama penuhnya Ok...
-
Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?......
-
AKTIVITI SAMBILAN... membuat persediaan melayan pelanggan di rumah. KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kel...
-
Raid on US airbase in Jalalabad repulsed while bomb blast in Kunduz leaves civilians and policemen dead. Afghan National Army soldie...
-
KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang ka...
-
KUALA LUMPUR: Di sebalik tubuh sasa dan tampan, tiada siapa menyangka seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari pantai timur itu p...
-
baiknyer posing pokok berbentuk org nie...yg c tua tue dok usha aper laa.. Takut hilang selipar, di kuncinya dengan mangga Akan Datang...