My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Empat kakitangan Imigresen ditahan rasuah

SHAH ALAM - Empat kakitangan Jabatan Imigresen ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan kes rasuah di Jeti Pulau Ketam. Keempat-empat mereka, iaitu tiga lelaki dan seorang wanita, dibawa ke Mahkamah Majistret di sini kira-kira pukul 10.45 pagi bagi memperoleh perintah reman yang bermula semalam.
Majistret Hafizah Abdul Rajak membenarkan permohonan reman yang dikemukakan pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 30 minit kemudian.
Pada 3 Oktober lalu, lima pegawai Imigresen ditahan kerana menyeludup pendatang asing tanpa izin (PATI) di Jeti Pulau Ketam, Selangor.
Kelima-lima mereka itu yang berusia 25 hingga 27 tahun ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di beberapa lokasi di Klang, Selangor selepas kira-kira 24 jam seorang pegawai Imigresen dan tujuh lagi ditahan atas kesalahan yang sama.
Difahamkan, dalam serbuan yang dijalankan itu, pihak SPRM turut menemui wang tunai kira-kira RM30,000 di rumah pegawai tersebut, manakala RM70,000 lagi dijumpai di pejabat salah seorang perantara yang ditahan.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts