My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Di Landa RIBUT: 47 rumah di Kulim rosak teruk

KULIM: Sebanyak 47 buah rumah termasuk tujuh rumah kedai dan sebuah kuil rosak teruk akibat dilanda ribut kuat di Taman Sempilai, Mukim China di sini tengah hari tadi.

Pegawai Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM) Daerah Kulim, Rohana Mohd Yusuf berkata, ribut kuat dan hujan lebat pada kira-kira jam 12.30 tengah hari itu menerbangkan bumbung tujuh buah rumah, selain merosakkan beberapa rumah lagi di kawasan taman perumahan itu.


Seorang pesara Yusuf Kasim, 59, berkata ketika kejadian dia dan isterinya sedang berehat di bahagian tempat letak kereta depan rumah, apabila tiba-tiba hujan turun dengan lebat.


"Kemudian tiba angin ribut kencang, dan ketika itu bumbung bahagian ruang rehat dan dapur terus berterbangan, rumah saya kemudiannya dibasahi hujan," katanya.

Isteri Yusuf, Hamidah Omar, 56, berkata dia bersama suami dan anak-anaknya ketika itu sedang berbual di bahagian hadapan rumah, apabila bumbung rumahnya diterbangkan angin.


Sementara itu, seorang jurutera kilang R.Muruiah, 43, pula berkata dia mengalami kerugian hampir RM15,000 akibat bumbung tempat letak kereta di bahagian depan rumahnya pecah dan diterbangkan angin kuat dalam kejadian ribut itu.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri Merbau Pulas, Abdul Rahman Mahamud yang melawat mangsa ribut berkata bahawa pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Pejabat Pembangunan Persekutuan Zon Kulim/Bandar Baharu sedang membuat bancian segera untuk menilai kerugian yang dialami.


"Pihak saya bercadang untuk membekalkan barang-barang ''hardware'' mulai esok untuk membaiki bumbung dan bahagian-bahagian rumah yang terbabit untuk membantu mangsa ribut," katanya.


Abdul Rahman menganggarkan peruntukan RM100,000 diperlukan untuk kerja-kerja membaiki bumbung semua 47 buah rumah yang rosak dalam kejadian itu.-Bernama

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts