My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

CALON BN di GALAS : Abdul Aziz Yusoff

GUA MUSANG: Setiausaha Umno bahagian Gua Musang Abdul Aziz Yusoff menganggap pemilihannya sebagai calon Barisan Nasional (BN) pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bukan anugerah sebaliknya satu tanggungjawab yang perlu dipikul dengan baik.

Abdul Aziz, 49, berkata beliau tidak akan mampu membawa kemenangan kepada BN jika tidak mendapat sokongan daripada semua pihak.


Justeru beliau mengharapkan semua pihak agar redha dengan pemilihannya dan berkerjasama bagi merampas kembali kerusi DUN itu. "Saya reda dengan ketetapan ini (terpilih sebagai calon) dan saya harap semua pihak juga redha.


"Tetapi saya bukan faktor utama untuk mencapai kemenangan, saya memerlukan sokongan daripada semua," katanya ketika berucap selepas diumum sebagai calon kerusi DUN Galas oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin di sini, hari ini.

Abdul Aziz, dari Kampung Bertam Baru di sini juga berharap tunjuk ajar Anggota Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantunya dalam kempen pilihan raya kecil itu.


Bekas pengurus pejabat operasi Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) itu berkata beliau hanya mengetahui namanya dipilih sebagai calon pagi ini.

Sementara itu, Tengku Razaleigh meminta anggota Umno dan BN bersatu hati dalam memberikan sokongan kepada calon yang dipilih.


"Kita mahu kemenangan besar, bagilah sokongan bulat kepada calon yang dipilih," katanya.


Beliau berkata, pilihan raya kecil itu perlu dijadikan sebagai titik permulaan untuk mengubah negeri Kelantan untuk masa depan yang lebih baik.


-Bernama

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts