Jom Layan link-link dibawah nie..

Bersekongkol dengan sindiket


HISHAMMUDDIN (kanan) bersalaman dengan Bowen sambil diperhatikan Ismail (kiri) di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR - Sembilan orang termasuk tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 kelmarin disyaki bersekongkol dengan ketua-ketua sindiket pemerdagangan antarabangsa.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, siasatan berhubung perkara tersebut sedang dijalankan sehingga ke akar umbi.
"Kegiatan (penyeludupan orang) ini boleh memudaratkan keselamatan negara dan siasatan terperinci berhubung perkara ini akan diteruskan.
"Kita harap ia mampu membongkar dan mengekang tindak- tanduk sindiket penyeludupan warga asing," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman semalam.
Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Menteri Imigresen dan Warganegara Australia, Chris Bowen.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts