NOOR Zainun melihat keadaan Nur Anis, yang memerlukan bantuan RM44,000 bagi kos pembedahan.
GEORGETOWN: Seorang bayi perempuan berusia tiga minggu, Nur Anis Emelia Mohammad Zambri yang menghidap penyakit jantung berlubang, memerlukan RM44,000 untuk menampung kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles (GMC).
Bapanya, Mohammad Zamri Ali, 35, seorang operator kilang di Seberang Prai hanya memperoleh pendapatan RM750 sebulan, manakala ibunya, Noor Zainun Jaafar, 34, seorang suri rumah serta perlu menyara dua lagi anak berusia tiga dan sembilan tahun.
Mohamad Zambri berkata, anaknya agak kritikal dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.
Katanya, Nur Anis perlu menjalani pembedahan segera kerana masalah jantungnya yang agak kronik.
Orang ramai yang ingin menderma, boleh menghantar cek atau wang pos atas nama The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP) ke Bahagian Kewangan / Tabung Kebajikan NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak itu di belakang cek berkenaan.
Dipetik dari: Berita Harian