KUALA LUMPUR, 15 Okt: Bajet 2011 yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang tadi disifatkan sebagai 'Bajet Pilihan Raya (PRU) ke-13’ oleh ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Ini kerana bajet yang bertema "Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi" itu memberikan 'gula-gula' kepada semua golongan namun tidak membantu mengatasi beban yang ditanggung mereka. Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang juga ditemui di lobi Parlimen pula berkata, bajet yang dibentangkan Najib memerlukan semua pihak bersedia untuk menghadapi pilihan raya. "Apa yang dibentangkan ini mungkin tanda PRU akan diadakan lebih awal daripada yang dijangka. "Namun demikian kita menghargai juga insentif-insentif yang diberikan sebagai gula-gula kepada samada kepada komuniti perniagaan atau rakyat biasa contohnya hal yang berkaitan dengan perbankan Islam dan sebagainyadan juga industri yang ingin diperkembagkan dalam negara kita'" kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS. Ahli Parlimen Kubang Kerian yang juga Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, secara retoriknya bajet yang dibentangkan menyediakan segala insentif kepada rakyat tetapi "Bajet ini menunjukkan pilihan raya semakin dekat, mungkin tahun hadapan. Walau bagaimanapun golongan sasar masih lagi tidak tercapai maksud. Mereka tidak mahu menara PNB yang tinggi tapi mahu beban hidup diringankan. "Ia tidak mencapai matlamat rakyat bawahan. Transformasi ekonomi ini tidak dapat diterjemahkan dengan bajet kepada golongan sasar tapi lebih kepada mega projek yang akan mensasarkan golongan tertentu sahaja," kata beliau kepada pemberita di luar lobi Parlimen selepas selesai pembentangan bajet. Sementara itu, ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan Umno Barisan Nasional hanya prihatin terhadap rakyat apabila menjelangnya pilihan raya. "Nampaknya Umno BN hanya prihatin kepada rakyat hanya menjelang pilihan raya. "Bajet ini nampaknya menjurus kepada pilihan raya. Ada beberapa kemudahan yang ditambah menjelang pilihan raya. "Tapi isu terbesar yang menyebabkan pelaburan tidak meningkat di negara kita ialah masalah defisit yang tidak ditangani dalam belanjawan . "Itu menunjukkan belanjawan itu terpaksa berdepan dengan beberapa masalah seperti ekonomi, menjana pertumbuhan dan menarik pelaburan. "Kemudian satu kelemahan besar kerana masalah rasuah, penyelewengan dan pembaziran tidak disebut. Yang disebut hanya projek mega puluhan bilion ringgit yang akan memberi manfaat lebih besar kepada kroni dan keluarga dan hanya ratusan ringgit kepada rakyat," kata beliau yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen. Ahli Parlimen Machang, Saifuddin Nasution Ismail juga senada dengan ahli Parlimen yang lain bahawa ianya merupakan gula-gula pilihan raya. "Satu petunjuk yang sangat jelas bahawa pilihan raya sangat dekat. Pertama GST tak jadi dibuat, tol tak dinaikkan, menaikkan elaun kepada pemimpin komuniti yang saya anggap isyarat yang paling jelas kerajaan akan menggubal Parlimen pada bila-bila masa," katanya yang juga Setiausaha Agung PKR. Dipetik dari: http://www.harakahdaily.net/ |
Jom Layan link-link dibawah nie..
BAJET 2011: Prihatin kepada rakyat hanya menjelang PILIHAN RAYA
@@ Followers @ @
Pembaca Berita PANAS!
Popular Posts
-
Aksi Nabil dan Uqasha yang dinafikan Nabil... Adakah superimposed?? Kalo ianya superimposed kenapa terkejut beruk ketika ditanya wartawan?? ...
-
KUALA LUMPUR: Pertanyaan ringkas ‘Bos! mau Amoi...murah RM200 sahaja’ adalah antara ayat pelaris digunakan sekumpulan ‘bapa ayam’ yang gia...
-
foto diambil dari blog : click sini KOTA KINABALU: Selepas heboh dengan aksi video kelakuan tidak bermoral pelajar sekolah, kini ma...
-
MARI saya jawab terus pertanyaan "Siapa gadis manis bertudung ini?". Dia ialah bunga yang sedang berkembang dan nama penuhnya Ok...
-
Rosmah rasmi festival pakaian Islam?..Rosmah Mansor sokong cara pemakaian Islam? Rosmah Mansor berbicara mengenai pakaian wanita Islam?......
-
AKTIVITI SAMBILAN... membuat persediaan melayan pelanggan di rumah. KUALA LUMPUR: Sekali imbas, sebuah rumah di Ampang, dekat sini, kel...
-
Raid on US airbase in Jalalabad repulsed while bomb blast in Kunduz leaves civilians and policemen dead. Afghan National Army soldie...
-
KUALA LUMPUR: Pada mulanya dia hanya suka-suka mencari kenalan baru menerusi laman sembang ketika melayari Internet sambil mengulang ka...
-
KUALA LUMPUR: Di sebalik tubuh sasa dan tampan, tiada siapa menyangka seorang lelaki berusia 22 tahun yang berasal dari pantai timur itu p...
-
baiknyer posing pokok berbentuk org nie...yg c tua tue dok usha aper laa.. Takut hilang selipar, di kuncinya dengan mangga Akan Datang...