My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

ANCAMAN PENYAKIT: sisa barangan elektronik


BARANGAN elektronik seperti telefon bimbit perlu dilupuskan secara

sistematik bagi mengelak pencemaran alam sekitar. - Gambar hiasan


PUTRAJAYA - Peningkatan penggunaan barangan elektronik seperti telefon bimbit dan televisyen menyebabkan sisa buangan elektrik dan elektronik di Malaysia bertambah setiap tahun.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Douglas Uggah Embas (gambar) berkata, barangan seperti telefon bimbit dan televisyen mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti toksik, plumbum, raksa dan arsenik yang akan mengeluarkan dioksin apabila dibakar dan boleh menjejaskan alam sekitar serta memudaratkan rakyat jika tidak diuruskan dengan baik seperti menyebabkan penyakit kegagalan otak dan kanser.




"Bahan-bahan ini boleh memudaratkan tetapi jika ia diurus dengan baik, ia boleh memberi peluang perniagaan yang lumayan," katanya pada majlis Pelancaran Minggu Alam Sekitar Malaysia Peringkat Kebangsaan 2010 di sini semalam.
Uggah berkata, pada tahun lalu, sebanyak 30.4 juta telefon bimbit didaftarkan di seluruh negara manakala 96 peratus rumah di Semenanjung dan 88 peratus rumah di Sabah dan Sarawak mempunyai televisyen.

Dipetik dari: KOSMO Online!

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts