Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mazerah Mohamad, 27, tidak pernah berminat untuk menyertai mana-mana peraduan, namun hatinya tergerak untuk menghantar borang Peraduan Tonton dan Menang Pulau Asmara anjuran akhbar Kosmo! selepas menyaksikan filem itu akhir tahun lalu.
Tuah ternyata menyebelahi pelajar jurusan Pengurusan Perniagaan itu apabila salah satu daripada 12 borang yang dihantarnya telah membolehkan dia memenangi hadiah utama berupa wang tunai RM20,000.
“Saya menonton filem Pulau Asmara sebanyak tiga kali dan pada masa itu saya dapat tahu pasal peraduan ini,’’ katanya ketika ditemui selepas majlis penyampaian hadiah peraduan itu di sini semalam.