My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Rezeki sampingan artis




MENJADI lumrah, setiap kali muncul Ramadan, para artis akan memastikan aktiviti seni mereka dibekukan seketika bagi menghormati bulan yang penuh dengan barakah dan ia diubah dengan menghabiskan masa melakukan aktiviti-aktiviti beribadah.

Sambil beribadah, masa ini juga mereka akan meluangkan masa bersama keluarga dan bagi yang mahu mencari duit lebih, berniaga di bulan inilah masa yang paling sesuai.

Sementelah, di bulan Ramadan inilah merupakan tempoh masa orang ramai akan menyerbu di mana-mana saja bazar Ramadan untuk membeli juadah berbuka puasa. Bagi yang tidak berniaga di bazar Ramadan, sudah pastinya ratusan tempahan sudah semestinya diterima, tambahan pula mereka adalah golongan popular, sekurang-kurangnya, tempahan daripada peminat pastinya ada.

Difahamkan ramai juga artis yang mengambil kesempatan ini dengan berniaga yang termasuklah Deja Moss, Black, Nadia Mustafa, Roslan Shah, Julia Ziegler, Roslan Shah, Ifa Raziah, Ogy Ahmad Daud, Zed Zaidi dan ramai lagi.


LAIN daripada yang lain. Roslan Shah menceburi bisnes bunga orkid.


Jualan mereka pula bukan setakat juadah berbuka puasa sahaja seperti makanan berlauk dan kuih muih, malah pakaian, tudung serta barangan hiasan rumah turut dijual.

Bagi penyanyi yang popular dengan lagu Tiada Kali Kedua, Deja Moss atau nama sebenarnya, Sharifah Khadijah Wan Moss, penyanyi ini tidak menang tangan bila tibanya bulan raya dengan pelbagai tempahan kek lapis Sarawak.

Memiliki Kafe Hadeeja Kek Lapis Segar, bulan Ramadan adalah masa yang paling sesuai dalam mengumpul rezeki lebih bagi persiapan raya nanti.

“Bagi saya, bulan Ramadan adalah segala-galanya. Masa inilah kita diberi peluang untuk mengumpul pahala lebih, pada masa sama juga, rezeki lebih.

“Berniaga adalah sesuatu perkara yang harus kita buat kerana masa inilah orang ramai mahu membeli dan tak lokek keluarkan wang saku mereka.

“Selain itu, masa inilah kita dapat merapatkan hubungan dengan peminat-peminat kita. Memang seronok tau bila dapat tempahan daripada mereka, terasa dihargai sangat.

“Saya sarankan buat artis yang belum pernah berniaga, cubalah di masa akan datang nanti, ia pasti seronok. Dalam pada itu, berniaga di bazar Ramadan juga boleh dijadikan sebagai satu tapak permulaan sebelum memulakan perniagaan secara serius,' katanya yang membuka kafenya itu di No. 1 G, Jalan UP ½, Taman Ukay Perdana, Ukay Perdana, Ampang (berdekatan dengan Restoran Ali Maju) dan ia dibuka bermula 10 pagi hingga 10 malam.


KEDAI kek lapis Deja Moss mampu menghasilkan 40 jenis kek lapis.


Tambah anak kelahiran Sarawak ini, uniknya ketika berniaga di bazar Ramadan ialah, dapat bersaing bersama peniaga-peniaga lain secara sihat.

“Memang bagus bila kita dapat bersaing kerana ia sekali gus dapat memberi semangat pada para artis yang berniaga untuk menghasilkan produk atau makanan yang dijual menjadi yang terbaik. Maklumlah, kita perlu menjaga reputasi diri, nanti orang mengata pula,” ujar penyanyi itu.

Kafe Hadeeja Kek Lapis Segar menawarkan 40 jenis kek lapis yang berharga di antara RM25 hingga RM120. Bagi sesiapa yang berminat, hubungi di talian 017-3895975


Dipetik dari: http://kosmo.com.my


.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts