My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Raya Ke-4 Lisda





KEHADIRAN orang baru dalam keluarga pasangan pelakon Lisdawati Nazaruddin dan Fauzi Nawawi melengkapkan sambutan hari raya mereka pada tahun isni.

Telatah si comel bernama Nur Aina Fazheesya yang dilahirkan pada bulan November tahun lalu itu menambahkan kemeriahan keluarga mereka.

Menurut Lisdawati atau Lisda, 31, hari raya tahun lalu dia hanya menyambut bersama suami dan anak sulung mereka, Nur Aini Farhana, 2.

Namun, cukup istimewa apabila sambutan Aidilfitri tahun ini dengan kehadiran Nur Aina yang melengkapkan keluarganya.

"Kebetulan pula dah nak raya ini Aina baru sahaja nak belajar berjalan. Seronok tengok telatah dia dan kakaknya," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.

Kebahagiaan Lisda dan suaminya, pelakon Fauzi Nawawi jelas terpancar daripada aksi-aksi penuh intim dan romantik pasangan itu yang sempat dirakam jurugambar Aizzul A. Majid ketika mereka hadir pada majlis berbuka puasa anjuran Hotel Istana, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Tambahnya yang beraya di Setapak, Kuala Lumpur pada tahun ini, dia membelikan empat pasang baju raya untuk dua anak perempuannya itu.

"Aina dan Aini sengaja saya belikan baju yang hampir sama. Tujuan saya buat macam itu sebab nak menampakkan mereka seperti pasangan kembar.

"Pada tahun ini kami sekeluarga akan beraya di rumah emak saya di Setapak," ujarnya yang kini sibuk menyiapkan persiapan rumah baru mereka yang terletak di Batu 9, Cheras, Kuala Lumpur.

Jelas Lisda, banyak benda yang perlu disiapkan di rumah baru mereka itu.

"Bagaimanapun persiapan rumah baru saya serba sederhana sahaja kerana tidak mahu berbelanja di luar kemampuan diri.


PASANGAN romantis ini mengamalkan sikap bersederhana dalam setiap perkara.


"Nasib baik penggambaran telefilem saya habis pada 30 Ogos lalu jadi ada masa yang terluang untuk membuat persiapan sebelum tiba hari raya," ujarnya yang baru dua bulan menetap di rumah barunya itu.

Menurutnya, dia dan Fauzi agak sibuk sedikit menyelesaikan segala persiapan rumah baru mereka itu sebelum hari raya menjelang.

"Nasib baik abang (Fauzi) habis shooting lagi awal dan dia banyak juga bertukang seperti pasang gambar-gambar kat dinding dan sebagainya," katanya.

Kenangan bersahur

Mengimbas kenangan berpuasa pada Ramadan ini, pasangan pelakon itu ternyata tidak cerewet jika berkenaan bab makanan terutamanya ketika waktu bersahur.

Jelas Lisda, suaminya tidak banyak kerenah kalau untuk bersahur yang penting ada nasi, sambal belacan dan ikan masin pun sudah cukup.

"Tetapi pada kebiasaannya kami akan makan lauk lebih waktu berbuka untuk bersahur," katanya.

Bercerita mengenai aktiviti selepas raya, Lisdawati telah menerima tawaran untuk berlakon sebuah drama 26 episod arahan Erma Fatima yang turut menampilkan pelakon Adi Putra dan Eja.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts