My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Polis diingat tidak jadi peminta "sedekah"



KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang akan bersara pada 13 September ini, mengingatkan warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) supaya tidak sekali-kali menjadi 'peminta sedekah'.

Dalam amanat semalam, Musa berkata, sebagai pasukan berintegriti, setiap anggota dan pegawai polis perlu menjaga maruah pasukan yang telah diamanahkan oleh kerajaan.

"Tugas sebagai polis memang banyak cabaran kerana sentiasa dikritik. Biar kita dikritik asalkan kita menjalankan tugas.

"Maruah PDRM perlu dijaga, kita bukan peminta sedekah (minta rasuah). Kita (PDRM) diwujudkan untuk menjaga keselamatan negara," kata beliau ketika berucap pada Majlis Serah dan Terima Tugas jawatan KPN di sini semalam.

Musa dalam ucapan sama juga melahirkan keyakinan terhadap pimpinan baru Tan Sri Ismail Omar (gambar kecil) yang akan menggantikan beliau bagi menerajui PDRM.

"Saya yakin Ismail dapat menjalankan tugas. Bagaimanapun (dia) mesti mendapat sokongan daripada pegawai.

"Jadi saya minta kepada semua pegawai supaya dapat memberi kerjasama selepas Ismail menjawat jawatan sebagai KPN nanti," katanya.

Mengulas lanjut, Musa berkata, beliau mengenali Ismail sejak 14 tahun lalu semasa mereka sama-sama berkhidmat di Jabatan Perundangan PDRM.

Ketika itu, Musa memegang jawatan sebagai ketua Jabatan Perundangan manakala Ismail pula merupakan timbalan Musa.

Pada masa sama, Musa memberitahu, sepanjang menerajui PDRM, banyak tindakan yang telah beliau ambil dalam menambah baik mutu dan kualiti pasukan.

Beliau juga berharap segala perancangan yang telah dibuat termasuk strategi memerangi rasuah dan jenayah dapat diteruskan oleh Ismail.

"Ismail perlu tambah baik lagi dan sambung perjuangan saya supaya pasukan polis jadi lebih baik di mata masyarakat," kata beliau.

Musa memberitahu, antara perkara yang belum dilaksanakan beliau ialah berkaitan penstrukturan semula Struktur Operasi (PSSO) melibatkan gred pangkat anggota dan pegawai PDRM.

Dipetik dari: http://kosmo.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts