My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Persatuan sukan juga 'hutang' dengan kita


Datuk Ahmad Shabery Cheek
Datuk Ahmad Shabery Cheek
 
Setiap kali temasya sukan, janji mahu sumbang pingat emas tetapi gagal

PERSATUAN sukan juga mempunyai hutang dengan kita, demikian reaksi Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek mengulas isu hutang Majlis Sukan Negara (MSN) kepada persatuan sukan kebangsaan yang mencecah jutaan ringgit.

Kita sudah menyalurkan bantuan dan dana setiap tahun tetapi apabila tiba setiap kali temasya sukan, mereka berjanji untuk menyumbang pingat emas tetapi gagal mengotakan.
Click Here
Jadi, mereka juga berhutang dengan kita dan bila mereka mahu membayarnya?, soalnya.
Ahmad Shabery berkata, kaedah yang digunakan dalam memberi bantuan dan dana ketika ini menyebabkan persatuan sukan terlalu bergantung kepada kerajaan untuk menjalankan program dan aktiviti berbanding negara lain.

Di beberapa negara maju dalam sukan seperti Australia, mereka menubuhkan tabung dengan setiap persatuan sukan yang memohon perlu melepasi penilaian ketat sebelum dana itu disalurkan.

Mungkin sudah tibanya kita memperbaiki kaedah sedia ada dengan persatuan sukan yang berjaya menunjukkan prestasi tinggi diberi keutamaan mendapatkan bantuan dan dana kerajaan, katanya.

Ketika ditanya sama ada benar kantung MSN kini tenat berikutan kelewatan pembayaran tuntutan bukan saja kepada persatuan tetapi juga kontraktor dan pembekal peralatan dan ubat-ubatan, Ahmad Shabery menafikannya.
Jika mereka menghadapi masalah, mereka boleh membuat aduan atau mengirimkan sistem pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada saya, katanya yang berharap MSN turut menjalankan perbelanjaan berhemah berikutan krisis ekonomi dunia yang menyaksikan kerajaan terpaksa memotong belanjawan.

Difahamkan, isu kelewatan MSN membayar hutang dalam bentuk tuntutan bayaran bukan dihadapi satu dua persatuan tetapi lebih daripada lima dan turut membabitkan pihak kontraktor dan pembekal peralatan serta ubat-ubatan.

Namun mereka enggan mendedahkan masalah itu bagi mengelak disenaraihitamkan dan mengeruhkan keadaan dengan MSN.

Dipetik dari: http://www.bharian.com.my/

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts