Jom Layan link-link dibawah nie..

Lotong- Sukan Komanwel

Lotong mula jaga Sukan Komanwel




NEW DELHI - Ketika 100,000 pengawal keselamatan dikerahkan untuk menangani sebarang ancaman militan, 10 ekor lotong semalam memulakan tugas di luar beberapa lokasi bagi mencegah monyet lain daripada menjejaskan kemeriahan Sukan Komanwel XIX.
Bilangan haiwan itu akan dipertingkatkan dalam tempoh beberapa hari sehingga majlis pembukaan sukan tersebut pada Ahad ini.
Kehadiran monyet sering mengganggu kehidupan penduduk New Delhi terutama di timur ibu negara India itu dan satu serangan pada 2007 menyebabkan timbalan datuk bandar, S.S Bajwa maut terjatuh dari rumah teresnya.
Lotong kelabu ialah sejenis monyet gergasi dengan muka berwarna gelap menjadi penawar popular bagi mengusir spesies monyet lain. Majlis Perbandaran New Delhi menggunakan taktik lama untuk menakutkan primat kecil dengan menggunakan khidmat lutung.
"Kami menempatkan 38 ekor lotong dan ia cara berkesan menghalau monyet-monyet biasa. Kami menyewa haiwan ini dengan jurulatihnya dan sebaik tugas berakhir, haiwan-haiwan itu akan balik ke tempat asal," kata jurucakap majlis perbandaran itu, Anand Tiwari
Seekor lotong kini mengawal ibu pejabat jawatankuasa pengelola Sukan Komanwel 2010 di sini manakala beberapa ekor lagi haiwan itu dilihat sudah diletakkan di hadapan Stadium Talkatora dan Stadium Nasional.
Lotong sering digunakan sebagai pengawal di beberapa bangunan pejabat di New Delhi dan kebanyakan jurulatih untuk haiwan itu pula berasal dari negeri Rajasthan.
Selain monyet, tikus juga menjadi ancaman sehingga menyebabkan pihak berkuasa bandar raya itu melancarkan operasi dengan memasang 600 perangkap dan 100 kilogram racun tikus untuk membersihkan semua lokasi sukan. - Agensi

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts