My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Larangan masuk pembantu rumah Indonesia tak beri kesan

PUTRAJAYA: Tindakan terbaru Kerajaan Indonesia melarang pembantu rumah negara itu datang bekerja di Malaysia tidak memberi kesan kerana kemasukan mereka sememangnya dibekukan sehingga kedua-dua negara dapat memuktamadkan rundingan berhubung tangga gaji dan syarat pekerjaan lain.

DSC00281

(Gambar Hiasan)

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata kenyataan terbaru Kerajaan Indonesia itu mungkin bertujuan memberi keyakinan kepada rakyatnya di sini bahawa mereka benar-benar serius menangani isu kebajikan dan keselamatan pekerja asing warga Indonesia di sini.
Sebenarnya kemasukan pembantu rumah warga Indonesia sudah dibekukan sejak kita memulakan rundingan mengenai penetapan gaji pembantu rumah Indonesia dan beberapa isu lain berhubung syarat pekerjaan mereka di sini.
Pada umumnya, lebih 99 peratus daripada majikan di Malaysia ini memberi layanan baik terhadap pembantu rumah mereka tetapi ada satu dua kes terpencil yang mengeruhkan keadaan dan kerajaan sudah mengambil segala langkah perlu bagi mengatasi masalah ini, katanya ketika ditemui pada Majlis Muhibah Perdana Menteri bersama pemimpin-pemimpin agama sempena sambutan Hari Malaysia, di sini semalam.

Baru-baru ini, portal berita Kompas.Com di Indonesia memetik kenyataan Menteri Tenaga Kerja dan Transmigrasi negara itu, Muhaimin Iskandar, melarang pembantu rumah negara itu datang bekerja di Malaysia sehingga kerajaan Indonesia mampu memberi perlindungan sewajarnya kepada mereka.

Di KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) kesal terhadap larangan itu kerana akan mengakibatkan ramai rakyat republik berkenaan menjadi amah secara haram di Malaysia.

Presiden PAPA, Alwi Bavutty, berkata larangan Indonesia itu tidak wajar dan hanya memburukkan keadaan berikutan rakyat negara itu terdesak dengan kesempitan hidup, akan memasuki Malaysia untuk bekerja sebagai pembantu rumah tanpa mengikut prosedur rasmi, sekali gus menyebabkan mereka terdedah kepada risiko dianiaya majikan tidak bertanggungjawab.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts