My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Keluarga Kamaruddin adakan solat sunat ghaib



KUANTAN: Keluarga Kamaruddin Shansuddin, pemandu kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, malam tadi mengadakan solat sunat ghaib di rumah mereka di Bandar Indera Mahkota 2, di sini, selepas dimaklumkan penemuan tragik keempat-empat mangsa bunuh yang dibakar dan dibuang abunya ke dalam sungai.

Abang ipar mangsa, Ismail Ibrahim, 56, berkata, ahli keluarga mereka yang berada di Makkah bagi menunaikan umrah ketika ini turut mendirikan solat sunat ghaib di Tanah Suci itu sebaik menerima berita berkenaan.

"Solat sunat ghaib dibuat malam tadi selepas semua ahli keluarga yakin berdasar hasil siasatan awal pihak polis dan mula menerima bahawa sisa mayat yang dibakar itu adalah Kamaruddin bersama majikan serta dua rakan mereka," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. Polis semalam mengesahkan Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga orang lagi mati dibunuh dan kesemua mayat mereka dibakar sebelum abunya dibuang di sebuah sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat di sini.

Dua lagi mangsa adalah pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Ismail berkata, keluarga dan sanak-saudaranya turut mengadakan majlis tahlil selama tiga malam berturut-turut bermula semalam.

"Kami mendoakan rohnya tenang. Semua keluarga bersedih dan masih belum memahami apa yang sebenarnya terjadi kepada arwah," katanya sebak. - Bernama

Dipetik dari: http://www.bharian.com.my

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts