My Ping in TotalPing.com

Jom Layan link-link dibawah nie..

Ekstremis koyak al-Quran dikecam

Tindakan keji tak jejas kitab suci: Sheikh Ahmed

KAHERAH: Imam Besar Masjid Al-Azhar, Sheikh Ahmed al-Tayeb, mengecam keras perbuatan sekumpulan penganut Kristian mengoyak al-Quran di luar Rumah Putih ketika memperingati peristiwa serangan 11 September dan menyifatkan perbuatan mereka ‘amat keji’.

“Mereka adalah kumpulan minoriti yang penuh dendam, dibutakan dengan ekstremisme dengan niat jahat untuk menghina Islam.
“Tindakan keji mereka tidak langsung menjejaskan al-Quran,” kata beliau yang dipetik agensi berita MENA.

Perbuatan menghina al-Quran dilakukan sekumpulan kecil penunjuk perasaan berikutan ketegangan yang berlaku selepas seorang paderi dari Florida mengugut untuk membakar al-Quran jika lokasi pembinaan pusat budaya dan masjid berhampiran Ground Zero tidak dipindahkan.

Al-Azhar adalah majlis agama paling berpengaruh di Mesir yang mengendalikan pentadbiran Universiti Al-Azhar di Kaherah.

Institusi itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkannya berkata rancangan paderi gereja Florida untuk membakar al-Quran akan menjadi ‘bencana kepada keharmonian dan keamanan’ yang akan menyebabkan kemarahan umat Islam.
Sementara itu di Washington, ulama yang terbabit dengan pembinaan pusat budaya dan masjid berkenaan, Feisal Abdul Rauf, berkata tentangan terhadap projek itu hanya akan memperkuatkan golongan ekstremis Muslim.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan memindahkan projek terbabit ke lokasi lain dan berkata sebarang keputusan akan mengambil kira kepentingan semua pihak.

“Bagaimana boleh anda membandingkan perbuatan membakar kitab suci dengan usaha membina sebuah bangunan yang akan mengadakan dialog antara agama?” katanya.
Feisal berkata beliau tidak akan menerima pelaksanaan projek itu jika mengetahui masalah yang akan berlaku.

“Saya adalah seorang yang cintakan keamanan.

“Keseluruhan objektif projek adalah untuk keamanan dan bukan bagi mencetuskan kontroversi,” katanya. – AFP/Agensi.

@@ Followers @ @

Pembaca Berita PANAS!

Popular Posts